Kenali Grumpy Cat Yang Baru, Louis Yang Kini Lebih Perengus

Sedihnya, Grumpy Cat yang asal— juga dikenali sebagai Tardar Sauce baru-baru ini sudah pun mati namun legasinya masih ada untuk diingati oleh semua pencinta kucing. Namun kini, kita mungkin mempunyai Grumpy Cat yang baru yang akak mengambil takhta sebagai kucing paling perengus di dunia.

Louis, kucing parsi yang berusia 6 tahun dari Austin Texas sudah pun digelar Grumpy Cat yang baru oleh pengikutnya di akaun media sosial. Walaupun pengikutnya tidak lagi banyak— Louis sudah pun menghiburkan lebih 3k pengikutnya manakala Grumpy Cat yang adal mempunyai pengikut hampir 3 million. Namun ada yang katakan dengan rupanya yang sentiasa perengus itu, tidak hairan nanti Louis pun akan popular seperti Grumpy Cat yang asal.

Info lanjut: Instagram

Louis, kucing berusia 6 tahun dari Austin, Texas ini dikatakan Grumpy Cat yang baru

“Louis adalah kucing baka Parsi sepenuhnya, namun orang ramai seringkali bertanya jika ia mempunyai ketidaknormalan genetik kerana rupanya yang agak bebeza itu, namun Louis adalah kucing yang normal,” kata pemiliknya.

#1

#2

#3

#4

Pemiliknya juga berkata ramai yang mengatakan rupa Louis kelihatan seperti manusia yang sudah tua.

Namun walaupun rupanya begitu, Louis sebenarnya seekor kucing yang happy!

Pemiliknya juga berkata ia sangat suka bermain dan sangat penyayang.

#5

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment