Selaku pemilik kucing kan semestinya kita mahu memahami apa yang kucing kita rasa. Sebenarnya tak susah pun.
Kita boleh tahu apa yang kucing kita rasa dari gerakan ekornya. ok jom kita tengok gerakan ekor yang macam mana.
1. Ekor yang lurus tegak
Ini menunjukkan kucing anda sedang gembira. Mereka rasa selesa dengan keadaan sekililingnya.
2. Ekor sedikit bengkok seperti bentuk bukit
Ini menunjukkan kucing anda berasa tidak senang atau tertekan. Ini juga menunjukkan ia ingin memberi peringatan supaya jangan mendekati mereka buat masa ini. So beware guys!
3. Menyembunyi ekor
Jika kucing anda menunjukkan gaya seperti ini, ini menunjukkan bahawa kucing anda sedang murung bersedih, stress, sakit atau terlampau takut. Sila tenangkan kucing anda secepat yang mungkin.
4. Mengipas ngipas ekor
Jika kucing anda berjalan dengan rileksnya sambil mengipas ngipas ekornya ke kiri ke kanan itu menunjukkan kucing anda senang rileks bersahaja dan selesa dengan kawasan sekelilingnya.
5. Goyang goyang ekor dengan laju
Apabila kucing anda mengoyangkan ekor dengan laju. Sebaiknya jangan diganggu kerana kucing anda tengah bad mood. Stay away ok miaowers semua jangan kacau.
6. Mengembangkan badan dan ekor
Sila jangan pegang atau cuba angkat kucing anda apabila ia sedang berkelakuan macam gambar di atas. Ini menunjukkan kucing anda sedang marah atau tengah dalam pergaduhan. Jangan masuk campur, silap haribulan calar balar habis tangan miaowers semua.
7. Ekor tegak sambil kembang sedikit dan getar-getar
Keadaan ini lebih kurang macam poster sebelum tadi cumanya mood yang berbeza. Ekor kucing anda tegak dan akan kembang. Kucing anda akan menggetarkan hujung ekornya berkali-kali. Ini menunjukkan yang kucing anda sangat menyayangi anda dan seronok apabila bertemu anda. Wow best kannnn…..
Okeh ini antara tanda tanda yang senang kita nak memahami kucing kita. Kena pandai baca kucing yea miaowers semua. Ok til next time… Miaowwwwww~