Kelebihan Cuka Epal Untuk Kucing

Cuka epal sememangnya satu bahan yang anda perlu anda jika anda bela kucing!

Ia adalah salah satu benda wajib untuk ada di setiap rumah yang memiliki kucing bukan sahaja baik untuk kesihatan manusia malah kucing juga. Cuka epal boleh digunakan secara meluas secara dalaman dan luaran termasuklah masalah kutu, masalah saluran urinari dan jangkitan telinga.

Adakah cuka epal bagus untuk kucing?

Menurut Earth Clinic, cuka epal sangat selamat untuk kucing. Walaubagaimanapun dos yang diberikan perlulah betul.

Cara terbaik berikan cuka epal kepada kucing?

Cuka epal boleh diberikan secara dalaman dan luaran untuk kucing.

Pemberian secara luaran

Oleh kerana cuka epal sifatnya asid, larutannya perlu dicairkan sebelum digunakan pada kucing. Secara tipikalnya ratio larutannya adalah 1/2 cawan cuka epal dan 1/2 cawan air yang ditapis. Untuk gunakan, boleh diletakkan dalam botol penyembur. Elakkan dari terkena mata kucing. Pedih tau kesian dia..

Kucing anda mungkin tidak menggemari bau atau rasa cuka epal ini, namun ia adalah pilihan yang lebih selamat sebagai rawatan semulajadi untuk banyak kondisi. Jika anda gunakan cuka epal pada kucing anda kemudian ia menjilat, ianya tidak menjadi masalah. Cuka epal juga selamat untuk dalaman kucing.

Larutan di atas digunakan untuk disemburkan pada bulu kucing untuk menghalau kutu. Jika menggunakan botol penyembur membuatkan kucing anda tertekan, anda boleh sahaja gunakan tuala yang diletakkan sedikit larutan cuka epal ini kemudian anda sapukan sahaja bulu kucing anda dengan tuala tersebut. Bebola kapas yang direndamkan dalam larutan cuka epal juga boleh digunakan untuk disapukan pada leher kucing anda.

Bagaimana untuk menambahkan cuka epal pada makanan dan minuman kucing?

Cuka epal juga boleh ditambahkan dalam makanan basah kucing anda dua kali sehari.

  • 6.8 – 9 kg  sebanyak 1/2 sudu kecil
  • 3.2 – 6.3 kg sebanyak 1/4 sudu kecil
  • 1.8 – 2.7 kg sebanyak  1/8 sudu kecil
  • Bawah 1.8 kg sebanyak 5 titik sahaja

Anda juga boleh menambah cuka epal ke dalam air minuman kucing anda.

Tambahkan 1/2 ke 1 sudu kecil ke dalam satu cawan air bertapis.

Jika kucing anda tidak sukakannya, cuba tambahkan secubit baking soda ke dalam air tersebut. Baking soda akan mengurangkan keasidan cuka tersebut.

Cuka epal jenis apa yang boleh digunakan?

Apabila digunakan untuk perubatan, pilihlah cuka epal yang raw dan organik.

Kelebihan cuka epal untuk kucing

Sebenarnya banyak kelebihan cuka epal untuk kucing. Ia sering digunakan untuk merawat kucing yang mempunyai masalah pundi kencing, jangkitan saluran urinari, jangkitan respiratori, alergi dan asma. Kucing pun boleh asma ya nanti MM akan kupaskan isu tu.

Kegunakan cuka epal secara luaran dapat menghalau kutu dan parasit lain.

Cuka epal untuk kucing yang mengalami jangkitan telinga, respiratori dan saluran urinari

Untuk jangkitan kulit, kurap atau mata

Gunakan dua sudu kecil cuka epal dalam satu cawan air bertapis. Sapu larutan ini di belakang dan bawah leher dua kali sehari.

Untuk jangkitan telinga (earmites)

Tambahkan 1/2 sudu besar cuka epal bersama 1/2 sudu besar rubbing alkohol. Titiskan beberapa titik ke dalam setiap telinga kucing dua kali sehari. Jika telinga kucing anda kotor, gunakan larutan tersebut dengan bola kapas untuk membersihkan telinga kucing anda.

Rujukan: Earth Clinic

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment