Kehidupan Kucing Jalanan Di Seluruh Dunia (8 Gambar)

Selama 18 tahun  Tuul dan Bruno Morandi mengambil gambar manusia, bandar dan lanskap seluruh dunia.

Sepanjang mereka mengembara mereka secara tidak sengaja mengambil gambar subjek yang lain iaitu makhluk berbulu comel dan peramah iaitu kucing jalanan.

Di dalam buku Tuul dan Bruno, La Grand Odysée des Chats (“The Grand Odyssey of Cats”), terdapat kucing yang sedang rileks bersandar bangunan biru terang di Chefchaouen, Morocco, kucing yang melompat girang di bangunan peninggalan Greece, dan melihat nelayan secara ingin tahunya di jepun menunggu peluang untuk mencuri sisa ikan yang tidak diperlukan oleh nelayan.

Pasangan Morundi ini juga merupakan pencinta kucing. Sebenarnya mereka juga mendedikasikan buku mereka kepada kucing mereka yang sudah dibela selama 10 tahun, Mujra yang Tuul diskripsikan sebagai “cantik dan baik hati.”

Tuul dan Bruno sama sama tertarik kepada karisma kucing semasa berada di trip bekerja dan tidak dapat menahan dari mengambil gambar kucing yang mereka terserempak. Sebaik sahaja mendapat gambar yang mencukupi mereka akan meminta editor mereka jika mereka boleh mengumpulkan kesemua gambar kucing tersebut di dalam sati buku. Editor mereka bersetuju dan mereka pun bermula mendokumentarikan haiwan semi-liar ini dengan fokus yang baru.

Jurufoto tersebut mula membandingkan gambar gambar kucing kepada mengambil gambar manusia.

“Bagi kami, ia hampir sama sahaja,” kata Tuul Morandi. “Kerana kami adalah jurufoto yang suka mengambil gambar secara segera mengenai kehidupan seharian di jalanan.”

Sebelum berhadapan dengan subjek, pasangan Morandis akan cuba untuk menangkap moment candid dan sehabis asli yang boleh. Selepas itu barulah mereka cuba untuk bercakap dengan individu tersebut dan jika kucing itu membenarkan mereka membelai dan berkomunikasi dengan mereka juga.

Tidak kira lah bandar mana pun seluruh dunia ini, kucing mempunyai habit yang sama dan pasangan Morandis juga perasankan hal ini namun seperti manusia juga ada kucing yang lebih pemalu berbanding kucing yang lain. Walhal kucing liar secara tipikalnya dikenali dengan sifat takut terhadap manusia namun kadang kala kucing jalanan kadang kala ada yang peramah juga.

“Kadangkala ada juga kucing yang sangat pemalu namun di Jepun kebanyakan kucing yang kami temui tidak semuanya pemalu langsung,” kata Tuul. “Mereka tahu yang manusia ni baik hati. Mungkin ia perhubungan yang mereka terima dari manusia yang memberi mereka makan.”

Di Jepun masyarakat di sana sangat baik terhadap kucing yang mempunyai hubungan istimewa bersama nelayan, kata Tull. Haiwan tersebut dianggap sebagai pembawa tuah dan terdapat juga kuil untuk manusia menyembah kucing. Kucing juga merupakan tarikan pelancong kerana terdapat pulau di Jepun di mana majoriti penduduknya adalah kucing.

Budaya, agama, sejarah dan lagenda merupakan tunjang kepada persepsi orang awam terhadap kucing jalanan. Nabi Muhammad SAW dikatakan sering meriba kucingnya yang bernama Muezza dan apabila Muezza ditemui sedang tidue di atas jubahnya, Nabi Muhammad sanggup memotong lengan jubahnya kerana tidak mahu menganggu Muezza tidur.

“Di dalam kebanyakan negara Islam seperti Morocco dan Istanbul, masyarakt di sana mempunyai hubungan istimewa terhadap kucing,” jelas Tuul, “ini adalah kerana Nabi Muhammad yang mereka sanjungi dan sayangi itu sayangkan kucing.”

Namun tidak semua sayangkan kucing jalanan. Di kebanyakan tempat kucing liar dianggap sebagai pemangsa invasif dan boleh mendatangkan huru hara terhadap hidupan liar tempatan kepada masyarakat yang kisah. Dapat diterima bahawa kucing liar memb*nuh banyak hidupan liar dan pada tahun 2013, kajian meta analisa diterbitkan di Nature Communications cuba untuk menjumlahkan kem4tian tersebut. Kajian tersebut mencadangkan bahawa kucing liar yang bebas meronda memb*nuh 1.3 ke 4 billion burung dan 6.3 ke 22.3 billion mamalia yang lain setahun in di Amerika Syarikat.

Kajian tersebut walaubagaimanpun sangat kontroversi dan sudahnya di kritik oleh sesetengah individu sebagai kajian yang goyah. Ini adalah kerana tiada rekod formal mengenai jumlah kucing liar yang hidup di Amerika Syarikat dan kajian terhadat tingkahlaku kucing perlu lebih dijalankan kerana terdapat jumlah kucing yang tidak menjadi kebiasaan jadi untuk mendapat jumlah yang tepat adalah sangat mustahil. Hasilnya pengkaji mendapati kajian tersebut menimbulkan ragu ragu oleh pembela kucing.

Untuk mengawal populasi kucing jalanan ada organisasi memulakan program Trap, Neuter, Return, or TNR, programs (Tangkap, Kembiri, Lepas). Sukarelawan akan menangkap kucing jalanan dan kembirikan kucing tersebut jika kucing tersebut tidak mendapat tempat kekal seperti diambil bela jadi kucing tersebut boleh hidup di dunia luar dengan aman tanpa melahirkan anak kucing lagi. Secara teorinya program TNR ini boleh mengurangkan dan memperlahankan populasi kucing jalanan yang ada di dunia ini. Walaubagaimanapun, kajian mendapati bahawa sistem reproduksi kucing berlaku sangat cepat jadi kadar keberkesanan program TNR adalah sebanyak 75% atau lebih banyak kucing di sesuatu kawasan sudah di steril setiap tahun.

Walaupun terdapat banyak kontroversi mengenai impak kucing jalanan terhadap alam sekitar secara amnya, manusia seluruh dunia sukakan kehadiran kucing. Di Lamu, kepulauan Kenya kucing jalanan merupakan sebahagian dari sejarah budaya mereka. Di Greece pula, kucing dilindungi secara undang undang. Di mana individu di dalam gambar Morandis, mereka sama ada buat tidak tahu kepada kucing dan ada juga yang membelai dan memegang kucing.

“Kucing adalah sebahagian dari kehidupan mereka di jalanan,” katanya.

Sumber: National Geographic

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment