Kecomelan Kucing Buta Ini Menambat Hati Lelaki Ini

Elliot dan Nathanial Green pergi pusat perlindungan untuk mencari anak kucing namun hati mereka tersentuh oleh kucing kecil yang buta kedua dua matanya.

Elliot dan Nathanial pergi ke Lynchburg Humane Society (di Lynchburg, Virginia) semasa event adopsi kucing yang mereka jalankan. Mereka selalu menginginkan anak kucing siam dan berharap dapat menemui seekor anak kucing siam pada hari itu.

“Semua anak kucing siam sudah ditempah dan diadopsi namun syukur ada seorang wanita membantu kami memilih Merlin,” kata Elliot.

Merlin masih bayi semasa ia dibawa ke pusat perlindungan ini, sangat memerlukan perhatian perubatan dan rumah yang penuh kasih sayang. Merlin dilahirkan buta dan sangat kecil dalam saiz.

Kedua adik beradik itu menuju ke bahagian perubatan pusat perlindungan tersebut untuk bertemu Merlin. Walaupun tidak mempunyai penglihatan, Merlin tahu yang ia mempunyai pelawat.

Merlin menyapa Elliot dengan beberapa hidu dan terus pergi ke dakapan Elliot.

“Apabila Merlin menggesel badannya kepada saya, saya terus tahu yang ia kucing untuk saya,” kata Elliot.


Hari pertama Merlin di rumah ia sudah pandai menyesuaikan diri.

“Perkara pertama yang Merlin lakukan adalah menghidu setiap sudut di rumah dan mula menyesuaikan diri”

Merlin menggunakan deria sentuhan, bau dan pendengaran untuk membantunya navigasi dan ia sudah ingat setiap sudut di dalam rumah seperti profesional.

“Merlin tidak pernah menghadapi masalah dengan sekelilingnya dan itu sangat membuatkan saya sangat teruja. Ia selalu meletakkan kaki hadapannya dahulu untuk merasakan ada sesuatu di hadapannya atau tidak namun sekali ia berada di dalam sesuatu bilik, ia akan ingat segala segalanya,” kata Elliot.

“Merlin kucing yang sangat rileks yang pernah saya jumpa. Apa yang ia mahukan hanyalah makanan dan dakapan.”

Merlin sangat sayangkan manusianya dan merupakan kucing yang mesra.

“Merlin sangat suka berjalan jalan bertemu orang dan akan menghidu hampir semua benda. Namun apabila ia sudah puas ia akan datang semula ke riba kami” kata Elliot.

Merlin sangat kecil namun apa yang ia kurang dalam saiz, personalitinya sangat besar dan comel.


Menjadi buta langsung tidak memperlahankannya.

Merlin ‘melihat’ dengan caranya tersendiri. Ia masih boleh bermain, menyerang, berlari dan melompat seperti kucing yang lain.

Kucing yang sweet ini akan berusia dua tahun pada April tahun ini.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment