Kecacingan Pada Kucing. Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenainya

Jika anda memiliki kucing, kemungkinannya kucing anda akan dijangkiti cacing bila-bila sahaja dalam kehidupannya. Lebih-lebih lagi mengikut laporan dari Cornell University College of Veterinary Medicine mengatakan yang lebih 45% kucing akan dijangkiti parasit usus pada bila-bila masa.

“Adalah tidak normal sekiranya kucing tidak pernah dijangkiti oleh parasit ini,” kata Dr. Cathy Lund dari City Kitty, klinik veterinar yang khas untuk kucing.

Berita baiknya, veterinar anda boleh merawat kecacingan pada kucing dengan efektif dan selamat tanpa perlu panik.

Bagaimana kucing dijangkiti kecacingan?

Jangkitan bergantung kepada jenis cacing namun selalunya kucing dijangkiti kecacingan kerana terdedah dengan telur atau najis kucing yang terjangkit.

“Kucing terpijak najis yang dijangkiti kemudian menjangkit diri mereka sendiri ketika merapi tubuh badan mereka,” kata Dr. Lund.

Dalam beberapa kes, kucing yang selalu keluar rumah yang kemudiannya memburu tikus yang sememangnya mempunyai cacing dalam tisu mereka. Kucing kemudian memakan tikus tersebut lalu menelan tisu yang mempunyai cacing itu lalu larva cacing akan mula membesar di dalam usus kucing. Kucing juga boleh dijangkiti dengan memakan kutu yang membawa telur cacing atau digigit oleh larva cacing yang membenamkan di kulit kucing. Anak kucing juga boleh dijangkiti beberapa jenis cacing bulat apabila menyusu dari ibu yang kecacingan.

Cacing bulat membesar sehingga 3 ke 5 inci panjang dan makan makanan yang dihadam oleh kucing anda dan mencuri nutrien makanan tersebut. Cacing tersebut kemudian membiak dan bertelur yang kemudiannya dikeluarkan dari najis kucing (kemudiannya dijangkiti oleh kucing lain pula). Telur-telur cacing ini mengambil masa seminggu untuk menjadi infektif jadi pemilik kucing yang agak malas membersihkan kotak pasir kucing akan selalu membuatkan cacing ini bertambah menular.

Cacing jenis apa lagi yang  boleh dijangkiti oleh kucing?

Kucing boleh dijangkiti dengan cacing pita (tapeworm), cacing cambuk (hookworm) dan cacing rotan (whipworm). Kucing dijangkiti cacing pita dengan memakan kutu yang dijangkiti dengan telur cacing pita atau selepas memakan tikus yang dijangkiti cacing.

Cacing pita

Tambahan lagi sekiranya kucing anda dijangkiti cacing pita, kucing anda juga mungkin mempunyai kutu.

Cacing cangkuk

Cacing cangkuk (hookworm) adalah kecil yang hanya sepanjang setengah inci dan sangat sukar untuk dikesan di dalam najis kuicng. Cacing ini memakan d4rah kucing anda, melekat di permukaan usus kucing. Kucing dewasa dijangkiti apabila larva cacing cangkuk menembus kulit atau dengan menelan secara tidak sengaja. Larva cacing mulanya menuju ke paru-paru dan kemudian menuju ke usus di mana larva tersebut akan membesar menjadi cacing dewasa yang menjangkiti 10% ke 60% populasi kucing.

Cacing cambuk

Kucing juga boleh dijangkiti cacing cambuk namun keadaan ini sangat jarang untuk berlaku. Cacing ini hidup di dalam usus besar namun selalunya tidak menyebabkan penyakit yang serius.

Tanda-tanda kucing kecacingan

Kucing yang kecacingan akan mengalami cirit-birit, hilang selera makan atau muntah dengan tahap gejala-gejala yang berbeza bergantung kepada jenis cacing dan berapa teruknya jangkitan tersebut. Cacing pita dan cacing cambuk selalunya menyebabkan gejala ringan manakala cacing bulat dan cacing cangkuk lebih serius sehingga boleh menyebabkan anemia jika kucing anda teruk dijangkiti.

Pemilik kucing mungkin perasan cirit birit yang teruk, ada d4rah pada najis, muntah-muntah, perut kembung dan kehilangan berat badan ini semuanya berpunca dari kecacingan pada anak kucing. Kucing yang kuat makan tapi kurus pun berkemungkinan dijangkiti oleh cacing.

Bagaimana anak kucing dijangkiti kecacingan?

Oleh kerana anak kucing sangat kecil jadi mereka mudah menjadi sakit yang teruk hanya kerana kecacingan kerana lebih mudah untuk menjadi anemia kerana kehilangan dar4h berbanding kucing dewasa.

Anak kucing perlukan nutrien untuk membesar jadi apabila sentiasa cirit-birit segala nutrien dan elektrolit yang diperlukan hilang. Sistem imunisasi anak kucing juga tidak akan berkembang.

 

Bagaimana kecacingan didiagnos dan dirawat?

Veterinar anda selalunya mendiagnos kecacingan dengan pemeriksaan fizikal, pemeriksaan sampel najis di bawah mikroskop.

Sekiranya veterinar pasti bahawa kucing anda kecacingan, mereka selalunya merawat kucing anda walaupun kucing anda tidak menunjukkan gejala-gejala kecacingan.

Ubat cacing selalunya diberikan dalam mulut mengikut jenis cacing, tahap jangkitan dan keputusan dari pemeriksaan sampel najis. Sebagai contoh selalunya pemberian ubat cacing diberikan kepada kucing selang 6 bulan.

Menurut Companion Animal Parasite Council, mereka mengesyorkan bahawa anak kucing perlu diberi ubat cacing bermula umur 2 minggu.

Tidak mengesyorkan untuk melakukan sebarang petua rawatan di rumah kerana selalunya tidak efektif pun dalam menghapuskan kecacingan.

Bagaimana cara untuk mengelakkan kucing dijangkiti cacing?

Caranya mudah sahaja dengan pemberian ubat cacing secara berkala selang 6 bulan. Anda juga boleh melindungi kucing anda dengan memberikan ubat kutu samada pemberian secara ubat makan, ubat sapu mahupun kolar anti kutu. Ini membantu menghapuskan kutu yang selalunya punca kecacingan.

Pastikan kucing anda tidak keluar rumah dan memburu tikus kerana dari memakan tikus juga menjadi punca kucing anda kecacingan.

Dalam kes yang jarang sangat untuk berlaku ada juga cacing yang boleh menyebabkan manusia sakit. Larva cacing bulat contohnya boleh berpindah ke kulit dan mata manusia. Jika merawat kucing anda yang kecacingan pastikan anda menjaga keselamatan diri sendiri. Jangan lupa memakai sarung tangan ketika membersihkan kotak pasir kucing, bersihkan kotak najis kucing anda dengan cepat, dan basuh tangan anda selepas selesai.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment