Kebaikan Mengkasi Kucing Dan Apa Yang Berlaku Sekiranya Anda Enggan

Hai miaowers semua. Tahu tak kasi kucing tu apa? Kasi kucing tu maksudnya mem4ndulkan kucing.

Untuk kucing jantan dipanggil neutered dan kucing betina dipanggil spayed. Untuk post kali ni MM nak kongsikan kebaikan apabila kucing anda dim4ndulkan.

Perlu difikirkan bahawa terdapat banyak sangat kucing di jalanan yang terbiar dan tidak dipedulikan. Apa penyebabnya? Tiada kawalan dalam sistem reproduksi kucing. Jadi dengan mengkasi kucing kita, dapat mengurangkan jumlah kucing kucing terbiar.

APA YANG BERLAKU SEKIRANYA SAYA TIDAK MAHU MENGKASI KUCING SAYA?

Ada yang berpendapat bahawa mengkasi kucing ni merupakan satu tindakan yang kejam. Jadi ini MM hamparkan fakta jika anda tidak mengkasi kucing anda.

Kucing betina terseksa apabila tiba waktu mengawan

Kucing betina yang tengah ‘on heat’, akan melolong lolong dan menjerit pada setiap masa. Tindakan ini adalah untuk menarik perhatian kucing jantan. Jika tiada kucing jantan di dalam rumah, sudah tentu kucing betina rasa terseksa dan akan mencari jalan untuk keluar rumah mencari pasangan.

Kucing jantan terseksa apabila kucing betina on heat

Sama juga situasinya untuk kucing jantan. Jika ia terdengar bunyi lolongan kucing betina yang on heat, sudah tentu ia rasa terpanggil untuk pergi mencari kucing betina tersebut. Deria pendengaran kucing sangat kuat ya.

Kandungan yang tidak dijangka

Ada sesetengah dari kita yang suka membela banyak kucing. Tapi kita perlu ingat bahawa kucing boleh bunting 8 ekor kucing satu masa. Mampukah kita untuk menjaga kebajikan anak anak kucing yang akan lahir nanti. Jangan buat kerja mudah buang di pasar. Suruh kasi takmao, suka hati buang kucing. Berdosa yea.

Kandungan tinggi risiko

Kucing juga boleh mengalami komplikasi sewaktu bunting yea. Ada kes ibu kucing m4ti selepas melahirkan anak. Ada juga kes anak kucing m4ti dalam perut. Ada pula bila dah melahirkan ibu kucing tidak pedulikan anak dia. Perlu bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang terjadi.

Masalah kelakuan

Deria mengawan kucing akan membuatkan kelakuan kucing anda berubah dari masa ke semasa. Menjadi seekor kucing yang pemarah dan kasar adalah benda yang mungkin berlaku.

Risiko tinggi untuk kucing menghilangkan diri

seperti yang sedia maklum, apabila tiba waktu mengawan memang kucing akan keluar mencari pasangan. Ada kes yang berlaku kucing keluar rumah secara senyap dan tidak kembali lagi.

Kucing akan memancutkan air kencing

Kucing betina juga tak akan lari dari kelakuan ini yea. Bukan kucing jantan sahaja. Mengapa? Sebab tindakan ini untuk menarik perhatian kucing jantan.

APA YANG BERLAKU JIKA SAYA MENGKASI KUCING SAYA?

Jika fakta yang MM kemukakan masih tidak lagi mempengaruhi pemikiran miaowers semua untuk mula mengkasi si comel masing-masing, ini MM menghamparkan pulak kebaikan apabila kucing sudah dikasi

Memanjangkan umur kucing

Yelah ajal maut ditangan tuhan kan tapi kita sebagai manusia boleh memberikan kehidupan yang lebih baik untuk si comel kita tersayang.

Kebarangkalian untuk mengurangkan kanser buah dada kucing meningkat dalam 95%

Asalkan kucing betina dim4ndulkan sebelum mencapai umur matang, tetapi 85% kebarangkalian untuk mengelak dari terkena kanser buah dada dikira bagus juga. Jangan tak tahu yea miaowers sekalian, ada kes kucing betina kena kanser buah dada sebab diberi ubat perancang terlalu lama.

Dapat mengurangkan risiko sakit pundi kencing

Kucing betina yang tidak dim4ndulkan berisiko untuk mengalami penyakit pundi kencing sebanyak 40%.

Prosedur untuk mengkasi tidak mengambil masa yang lama

Untuk kucing jantan hanyalah pembedahan yang minor sahaja diperlukan. Cuma kucing betina sahaja pembedahan major diperlukan.

Kucing tidak on heat lagi

tiada lagi lolongan dan jeritan sepanjang masa. Kucing anda tenang, anda bertambah tenang.

Kucing tidak akan menanda kawasan lagi

Tiada lagi masalah kucing anda memancutkan urin di merata kawasan rumah anda.

Kucing anda akan menjadi manja

Tiada lagi kelakuan kasar dan garang.

Jadi marilah sama-sama kita mulakan amalan mengkasi kucing kita. Banyak kebaikan untuk kucing dan juga memberikan mereka kehidupan yang lebih tenang. Kucing tenang, kita pun tenang.

Til next time miaowers semua. Miaowwwww~

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment