Kebaikan dan Keburukan Potongan ‘Lion Cut’ Pada Kucing

Jika anda mempunyai kucing yang berbulu panjang dan lebat, ada suatu ketika anda perlu membawanya ke perapi kucing untuk dapatkan potongan ‘lion cut’ pada kucing anda.

Potongan lion cut ini tidak selalunya pilihan yang tepat, namun kaedah mencukur keseluruhan bulu pada badan kucing dan hanya meninggalkan kawasan muka adalah sangat memberi kebaikan sekiranya cuaca panas atau bulu kucing anda terlalu serabut dan bergumpal.

Kucing dicukur seperti singa

Potongan lion cut adalah gaya bulu yang diberikan kepada kucing berbulu panjang dimana keseluruhan bulu pada badan kucing dicukur sehingga menampakkan kulit. Terdapat beberapa jenis variasi potongan jenis ini namun jenis yang klasik selalunya meninggalkan sedikit bulu pada badan dan kaki kucing manakala bulu pada muka dan tengkuk dibiarkan.

Kenapa perlu potongan lion cut?

Bukanlah semata-mata nak berfesyenkan kucing apabila diberikan potongan ini. Terdapat beberapa sebab kenapa potongan lion cut ini diperlukan.

Memudahkan penjagaan

Kucing yang berbulu panjang memerlukan penjagaan perapian yang kritikal. Sedang kucing boleh merapikan diri mereka sendiri, terdapat baka kucing yang berbulu panjang yang memerlukan penjagaan yang lebih. Bulu-bulu ini perlu diberus  atau disikat sekerap yang mungkin untuk membantu mengeluarkan bulu-bulu mati dan mengurangkan bulu kusam. Pemilik kucing yang sibuk merasakan kucing mereka yang berbulu lebat ini diberikan potongan lion cut untuk membantu mengurangkan jumlah perapian yang diperlukan.

Membuang gumpalan bulu

Jika kucing tidak diberus sekerap yang boleh atau kucing yang sukar untuk merapikan diri sendiri, gumpulan bulu mula berkumpul. Jika gumpalan ini dibiarkan, ia mungkin berpintal dan menyakiti kulit kucing dan akan menyebabkan luka terbuka. Kucing yang sentiasa mengalami gumpalan bulu ini disyorkan potongan lion cut untuk mengatasi masalah ini.

Bebola bulu

Semasa cuaca panas, bulu kucing anda akan gugur. Kucing anda yang berbaka bulu panjang berisiko untuk menghasilkan bebola bulu. Semasa kucing anda menjilat diri mereka untuk merapi, kucing anda mungkin menelan jumlah bulu yang banyak melalui sistem penghadamannya. Ini boleh mengakibatkan muntah, tercekik ataupun gangguan pencernaan yang memerlukan pembedahan. Dengan memberi potongan lion cut dapat mengurangkan masalah ini.

Panas yang berlebihan

Jika anda tinggal di kawasan yang sangat panas, kucing anda yang berbulu panjang dan lebat ini mungkin mengalami kesukaran dengan kepanasan itu. Potongan lion cut memberikan kelegaan yang hebat untuk kucing anda merasa sejuk semasa musim panas.

Mempunyai masalah untuk merapi diri sendiri

Jika kucing anda sudah tua, obesiti atau depresi, kucing anda mungkin mempunyai kesukaran untuk memastikan dirinya bersih dan rapi dengan seeloknya. Kucing yang mempunyai bulu yang panjang mempunyai kesukaran untuk penjagaan diri sendiri sekiranya mereka meningkat usia kerana mereka tidak lagi mempunyai fleksibiliti untuk mencapai kesemua kawasan tubuh badan mereka. Dengan memberikan kucing anda potongan lion cut, dapat membantu kucing anda merapikan diri sendiri dengan lebih efektif.

Masalah kurap dan kutu yang teruk

Jika kucing anda mengalami masalah kurap dan kutu yang sangat teruk, selalunya veterinar akan mengesyorkan kucing anda potongan lion cut.

Masalah yang ada pada potongan lion cut

Apa yang memberikan kebaikan pasti ada sedikit keburukan. Sama juga lah dengan potongan lion cut ini.

Membuatkan kucing anda stress

Ada kucing yang tidak kisah apabila dicukur, namun ada juga kucing yang stress apabila menghadapi situasi ini. Potongan lion cut selalunya dilakukan oleh veterinar atau perapi kucing profesional. Ini bermakna kucing anda perlu melalui perjalanan di dalam kereta dan situasi yang tidak ia kenali. Pada sesetengah kucing kegelisahan ini sangat hebat dan akan dibius sebelum dicukur.

Perbelanjaan

Jika anda membiarkan kucing anda dalam potongan lion cut untuk tempoh masa yang lama, perbelanjaaan mungkin akan meningkat. Bergantung kepada berapa tebalnya bulu kucing anda, berapa cepat bulu tumbuh dan berapa cepat masalah pergumpalan bulu dan masalah lain akan muncul, anda mungkin memerlukan lawatan setiap bulan ke veterinar atau perapi kucing.

Pastikan kucing anda selesa

Untuk kebanyakan kucing yang berbulu panjang, potongan lion cut dapat membantu pelbagai masalah yang dihadapi oleh kucing jenis ini. Pertimbangkan untuk dapatkan kucing anda potongan lion cut sekiranya kucing anda mempunyai masalah yang dijelaskan sebelum ini dan enjoy rupa baru kucing anda selagi ia masih ada.

Bela kucing kampung atau bulu pendek je chuols mudah nak jaga…. Kan kan kannnn

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment

MamaMiaow

Author:

Hanya seorang miaowers yang suka kucing dan suka berkongsi informasi mengenai kucing