Keajaiban Bunyi Purring Kucing

Secara keseluruhannya bunyi purring seekor kucing mempunyai frekuensi di antara 25-150Hz.

Hal ini menarik kerana frekuensi tersebut merupakan frekuensi terbaik dalam penyembuhan otot dan tulang. Oleh kerana itulah ada sesetengah kucing dapat menyembuhkan diri mereka sendiri.

Bukan itu sahaja, dalam bunyi purring kucing juga wujud frekuensi yang bagus untuk manusia. Getaran ini dikenali dalam dunia perubatan sebagai terapuitik perubatan yang berada dalam lingkungan 25 – 150Hz. Ada sesetengah kajian mendapati bahawa corak bunyi purring kucing dan juga frekuensi bunyinya dapat membantu bukan hanya kucing. Malahan juga dapat membantu manusia.

Apa maksudnya ini?

Maksudnya, bunyi purring kucing anda dapat membantu dalam penyembuhan tulang dan otot, melegakan kesakitan, dyspnea (nafas pendek) dan banyak lagi.

Ringkasnya keajaiban bunyi purring kucing boleh membantu manusia seperti infografik di bawah:

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment