Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Kanser Di Kalangan Kucing

Haaaa, jangan ingat manusia pon kena kanser tau. Kucing anda pon boleh diserang kanser. Walaupun kanser ini tidaklah terlalu biasa terjadi pada kucing berbanding anjing, namun ia tetap menyerang banyak kucing.

Disebabkan kucing sangat pandai menyembunyikan kesakitan mereka, jadi ia sangat sukar untuk mengesan jika ia diserang kanser.

JENIS KANSER YANG SERING MENYERANG KUCING

Salah satu kanser yang sering menyerang kucing adalah kanser limfoma yang sering dikaitkan dengan virus leukimia kucing (FeLV). Walaupun sudah ada vaksin untuk FeLV ini namun kita boleh lihat masih banyak kucing diserang dengan penyakit ini dan meningkatkan kebarangkalian untuk kucing diserang kanser limfoma.

Kucing juga boleh diserang oral squamous carcinoma ataupun kanser mulut sama seperti manusia. Ketumbuhan yang dipanggil fibrosarcoma, atau tisu lembut sarkoma di mana sejenis ketumbuhan yang membesar di dalam otot atau sendi yang menyambungkan tisu di dalam badan juga boleh menyerang kucing. Kawasan ini dikaitkan dengan suntikan dan vaksinasi  di mana orang menggelarkan sebagai kawasan suntikan-sarkoma.

Telinga kucing juga boleh diserang kanser. Kanser telinga ini dipanggil adenocarcinoma. Ia adalah ketumbuhan pada kelenjar peluj yang ditemui pada saluran auditori luaran telinga kucing. Walaupun kanser jenis ini jarang untuk berlaku, ia adalah ketumbuhan yang sering terjadi pada kucing yang sudah tua.

Selain dari itu ada jenis ketumbuhan yang lain juga namun ia kurang terjadi pada kucing seperti, ketumbuhan paru paru, ketumbuhan otak, ketumbuhan nasal dan juga ketumbuhan hati. Kebelakangan ini jarang berlaku ketumbuhan di kelenjar susu pada kucing betina kerana kesedaran untuk mengkasikan kucing sudah meningkat dari semasa ke semasa. See miaowers semua, memang ada baiknya kasikan dan mem4ndulkan kucing tau. Banyak lagi kebaikan kasi kucing ni kalau nak cerita la.

SIMPTOM KANSER PADA KUCING

Kucing sangat pandai dalam menyembunyikan penyakit yang mereka hadapi. Secara luarannya kita boleh lihat ketulan dan benjolan. Muntah dan cirit birit adalah tanda tanda utama gastrousus limfoma. Kesukaran untuk bernafas juga diambil kira sebagai simptom kerana ada sesetengah kanser yang menyebabkan munculnya cecair di dalam paru paru. Sekiranya kucing anda tidak mahu makan dan berkurangan berat badan, bulu kasar atau secara keseluruhannya gagal untuk berkembang dalam pertumbuhan. Alangkah baiknya jika kucing anda menunjukkan ciri ciri tidak sihat segeralah bawa kucing anda ke veterinar berhampiran untuk diperiksa.

PUNCA KANSER KUCING

Secara teknikalnya kanser ditakrifkan sebagai satu atau lebih ketumbuhan yang membahayakan. Ketumbuhan ini adalah ketulan yang melibatkan pembahagian sel secara pantas dan tersebar melalui aliran d4rah atau sistem limfatik yang menyusup masuk kawasan yang terpencil di dalam bahagian badan kucing anda. Ramai pemilik kucing risau mengenai kutumbuhan yang sering dikaitkan dengan kanser. Namun tidak semua ketumbuhan itu kanser.

Secara pastinya, faktor genetik dan persekitaran menjadi faktor bahawa kucing boleh diserang kanser atau tidak selain dari proses semulajadi penuaan. Terdedah dengan asap rokok, radiasi, bahan kimia dan r4cun rumput juga boleh meningkatkan risiko kucing untuk diserang kanser.

PENCEGAHAN KANSER KUCING

Malangnya sehingga kini saintis belum menemui dan betul betul memahami apa yang menyebabkan kucing diserang kanser jadi para veterinar dan juga pemilik kucing tidak mampu untuk berbuat apa-apa dalam mencegah perkara ini berlaku. Melawat veterinar terdekat secara kerap boleh mengesan sebarang ketulan atau benjolan pada kulit, leher mahupun di dalam mulut kucing anda. Jadi veterinar anda boleh melakukan diagnosis awal dan merawatnya secepat mungkin. Pembedahan, radiasi, krioterapi,hipertermi, terapi imun dan kimo tersedia di beberapa klinik veterinar pakar mahupun hospital pakar veterinar.

Mengkasikan dan mem4ndulkan kucing juga boleh mengurangkan risiko sesetengah jenis kanser seperti kanser buah dada yang sering menyerang kucing betina.

Menyediakan makanan yang tinggi kualiti, sedap dan bernutrisi juga penyumbang kepada kesihatan kucing anda, dapat menggurangkan peratus diserang penyakit yang berjangkit. Dengan diagnosis yang betul, rawatan yang padu dan penjagaan yang berterusan termasuklah pengurusan kesakitan dan sokongan permakanan yang panjang, kebanyakan kucing yang mempunyai kanser mampu hidup secara tenang dan hidup seperti kucing normal yang lain.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment