Kambing Dari Perak Ini Menarik Perhatian Netizen Kerana Kehensemannya

Remos adalah kambing jantan baka Saanen yang tinggal di Muhammad Livestock Farm di Kuala Kangsar, Perak.

Kambing putih baka Saanen di Perak menarik perhatian netizen kerana rupanya yang handsome itu. Gambar kambing yang bernama Remos itu dipos di page ‘Muhammad Livestock Farm‘ pada hari sabtu lepas 6 Julai 2019.

Sejak dari itu gambar Remos sudah dikongsi sebanyak 3,7000 dan komen sebanyak 1,500.

“Sebab dia handsome kita snap gambar dia banyak sikit. Muda lagi baru 11 bulan “, kapsyen pada gambar tersebut.

Gambar: Muhammad Livestock Farm/Facebook

Menurut pemiliknya, Remos suka bergambar dan akan memberikan ‘pose’ apabila melihat kamera.

“Remos suka bergambar. Nampak sahaja kamera, ia akan posing dan kelihatan seperti sedang memberikan senyuman dalam gambar,”  kata Ahmad M. Fadzil.

Ahmad berkata dia membeli Remos dari pembiak di Terengganu dengan harga RM750.

Gambar: Muhammad Livestock Farm/ Facebook

“Ketika itu saya hendak mengembangkan bisnes saya dengan membiak kambing tenusu kerana terdapat permintaan yang tinggi untuk susu kambing,” jelas Ahmad.

“Apabila saya sedang memilih beberapa kambing betina, saya ternampak Remos dan kagum melihat betapa cantiknya ia. Terus saya membelinya,” tambahnya.

 

Walaubagaimanapun, bukan senang nak dapatkan rupa yang cantik itu, Ahmad berkongsi yang kambing baka Saanen memerlukan penjagaan yang betul, penyelenggaran yang baik dan persekitaran yang bersih.

Gambar: Muhammad Livestock Farm/Facebook

Ahmad menjalankan bisnes bersama kembarnya Muhammad di Kuala Kangsar, Perak.

Anda boleh follow perkembangan Remos di facebook page Muhammad Livestock Farm

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment