Kajian Menunjukkan Kucing Berwarna Hitam Putih Berperangai Diva

Satu kajian di UK yang diterbitkan oleh Journal of Applied Animal Welfare Science menunjukkan yang warna bulu kucing dan personaliti mereka sangat berkait rapat.

BACA JUGA: Personaliti kucing mengikut warna bulu

Setelah teori tersebut dihipotesiskan, kajian dijalankan pada 1,274 orang pemilik kucing. Matlamat kajian ini hanyalah untuk menguji teori yang mengatakan warna bulu kucing mempengaruhi personaliti kucing.

Setiap pemilik kucing diperlukan untuk menjawab beberapa soalan. Setiap soalan memerlukan mereka untuk menyenaraikan kekerapan dan ciri-ciri tingkahlaku kucing masing-masing. Ia merupakan interaksi harian dan bagaimana respon kucing mereka apabila diangkat.

Hasilnya ini beberapa statistik mengejutkan yang pengkaji ini terima:

  1. Senarai teratas untuk kucing yang paling agresif adalah kucing berwarna hitam dan putih khasnya kucing tuxedo. Kedua dan seterusnya adalah kucing tortie, kucing berwarna putih serta kucing kelabu putih. Kucing tortie dan kucing putih dilabel sebagai kucing anti-sosial.
  2. Kucing yang sepenuhnya berwarna hitam, kelabu, putih dan kucing belang dilihat mempunyai personaliti yang tenang.
  3. Kucing hitam putih kurang suka apabila dipegang dan diangkat oleh pemilik mereka dan lebih suka menjadi penyayang dengan cara mereka yang tersendiri. Pendek cerita nya perangai Diva!
  4. Kucing kelabu putih mudah menjadi agresif apabila pergi klinik veterinar.
  5. Kucing tortie dan kucing putih dikatakan paling ada mood bersama manusia mereka dari kucing yang lain.

Kajian dari UK ni menunjukkan kucing calico paling mudah menunjukkan tingkahlaku agresif kepada pemilik mereka. (Dan dan laaa teringat kucing calico MM yang lari rumah tu haha)

So apa kata chuols? Ce bagi komen sikit siapa yang bela kucing tuxedo ni betul ke dorang ni perangai Diba?

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment