Kajian Menunjukkan Dengan Menonton Video Kucing Sangat Memberi Kebaikan Untuk Kesihatan Anda!

Siapa yang tak suka tonton video kucing kan? Gelagat kucing yang comel dan kadangkala lawak tu betul-betul menghiburkan.

Tapi tahukah anda bukan sahaja video kucing ini menghiburkan malah memberi kebaikan untuk kesihatan kita juga?

Pembantu Profesor Jessica Gall Myrick dari Universiti Indiana, Bloominton melakukan kaji selidik terhadap 6,500 orang untuk menentukan jika menonton video kucing sebenarnya meningkatkan mood mereka.  Myrick ingin membuktikan yang video kucing ini bukan perkara remeh untuk kajian akademik malah penggunaan masa internet dengan menonton video kucing memberi kesan terhadap masyarakat.

Walaupun ada di antara kajian selidiknya mengenalpasti ada beberapa individu yang berasa bersalah selepas menonton video kucing kerana mereka selalu melakukan untuk menunda dari melakukan kerja atau tugasan yang sukar, ramai yang mengatakan mereka berasa lebih baik selepas menonton video kucing. Tambahan lagi Myrick menemui yang individu-individu ini berasa lebih baik selepas menonton video kucing sehingga mereka mulakan tugas dengan lebih kuat kerana rasa gembira walaupun pada mulanya mereka menangguhkan momen tersebut ketika menonton video kucing ini.

Jadi amnya ini bermakna dengan menonton video kucing bukan hanya membuatkan anda rasa lebih elok, ia juga membuatkan anda menjadi individu yang lebih bagus. Jadi apa lagi, jom tonton video kucing banyak-banyak lagi!

Untuk informasi lebih lanjut mengenai kajian ini anda boleh pergi ke IFLScience.com!

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment