Kajian Menunjukkan Dengan Menjadi ‘Cat Lady’ Itu Sangat Menyihatkan

Bila orang fikirkan “Crazy Cat Ladies” mereka selalunya memikirkan mengenai wanita tua yang tinggal bersama kucing yang banyak di dalam rumah.

Pendek ceritanya wanita berumur yang membela kucing banyak dari kebiasaan orang normal.

Menurut Jabatan Kawalan Penyakit AS, lebih 60 juta individu yang tinggal di Amerika dijangkiti parasit toxoplasma termasuklah kucing. Informasi ini diberikan oleh Dr. David Haworth seorang veterinar dan presiden PetSmart Charities. Menurut Dr.David, tidak ramai yang dijangkiti parasit ini yang menunjukkan gejala jangkitan kerana individu yang sihat dan mempunyai sistem imunisasi kuat, tubuh mereka sudah cukup kuat untuk mengelakkan dari parasit tersebut dari memberi kesan kepada mereka.

Katanya lagi, toxoplasma bukan berpunca dari kucing. Kucing sebenarnya lebih membuatkan individu semakin sihat dan meningkatkan tahap kesihatan kehidupan seseorang. Beliau menggalakkan ramai orang untuk berhenti berfikiran negatif mengenai kucing dan berkata menjadi ‘cat lady’ sebenarnya sangat menyihatkan!

BACA JUGA: Toxoplasma bukan berpunca dari kucing

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment