Kajian Mengatakan Kucing Sukakan Kotak Kerana Ia Membuatkan Mereka Kurang Tertekan

Kita semua tahu yang kucing suka menyumbatkan diri mereka dalam bekas tak kira apa saiznya.

If it fits, i sit katanya kan…

Meskipun tingkahlaku ini kelihatan pelik sebenarnya ada penjelasannya.

Sudah diteorikan yang kucing rasa selamat di dalam kotak kerana ianya dapat mengutangkan tekanan. Pada 2014, pengkaji dari Universiti Utrecht memutuskan untuk menguji teori ini dengan menjalankan kajian.

Apa yang mereka dapati tidak mengejutkan anda – dengan berada di dalam kotak, dapat mengurangkan tahap tekanan kucing, Pengkaji tersebut menjalankan kajian di pusat perlindungan Belanda yang melibatkan 19 kucing di pusat perlindungan dengan 10 darinya mempunyai kotak.

Saintis tersebut berkata di dalam kajian mereka,

“Pengalaman penuh tekanan boleh memberi impak yang besar kepada kesejahteraan kucing dan mungkin menyebabkan kejadian penyakit berjangkit di pusat perlindungan kerana peningkatan tahap cortisol yang menyebabkan gangguan imun. 

Walaupun beberapa kajian menunjukkan adanya tempat untuk bersembunyi dan kesan pengurangan tekanan terhadap kotak persembunyian pada kucing yang kajian yang digabungkan, tiada satu dari kajian ini menentukan jika pengayaan bersembunyi yang betul boleh menjadi efektif dalam kateri kuarantin.”

Dengan segera mereka dapat melihat perbezaan antara dua kumpulan kucing yang diletakkan bersama kotak dan kucing yang tidak diberikan kotak. Tahap tekanan kucing ditentukan dengan menggunakan Kessler and Turner Cat-Stress Score (CSS). Selepas beberapa hari, kucing yang diberikan kotak merekodkan tahap tekanan yang rendah berbanding kucing yang tidak diberikan kotak. Selepas beberapa minggu kemudian, kedua-dua kucing merekodkan CSS yang sama.

Saintis tersebut membuat kesimpulan,

“Kotak persembunyian rupa-rupanya satu penggayaan yang penting bagi kucing untuk mereka menyesuaikan diri dalam persekitaran baru dengan lebih efektif.”

Saintis mengatakan yang kajian yang mendalam perlu dilakukan untuk menentukan kesan kotak persembunyian pada kucing yang dipelihara, ia merupakan kesan jangka panjang dan hubungkait dengan kekerapan wabak penyakit berjangkit.
Nampak gayanya kena sediakan juga kotak untuk bebudak bulus kat rumah ni

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment