Kajian Mengatakan Kucing Bukanlah Haiwan Yang Suka Menyendiri

Kucign seringkali dianggap sebagai haiwan yang suka menyendiri dan berdikari.

Kita juga perasan yang kucing kelihatan seperti tertarik kepada manusia yang tidak sukakan kucing lebih dari manusia yang terhegeh-hegeh nakkan perhatian dari mereka. Walaubagaimanapun satu kajian  dari Universiti Oregon State mengatakan yang kucing sebenarnya lebih suka meluangkan masanya bersama manusia yang menjemput mereka untuk berteman.

Kajian melibatkan dua eksperimen yang ke atas sekumpulan 46 ekor kucing. Setengah dari kucing tersebut adalah kucing yang dibela manakala setengah lagi kucing yang tinggal di pusat perlindungan haiwan. Setiap kucing diletakkan bersama individu yang mereka tidak kenali yang buat tak endah sahaja dengan kucing tersebut selama dua minit. Lagi dua minit, individu ini memanggil kucing tersebut dan cuba untuk berinteraksi bersamanya.


Eksperimen kedua hampir sama namun ianya adalah kucing yang dibela bersama pemilik mereka. Pada kedua-dua eksperimen pengkaji mendapati yang kucing lebih suka lepak dengan manusia yang inginkan perhatian mereka dan kucing dari pusat perlindungan kelihatan lebih mendambakan perhatian dari manusia berbanding kucing yang dibela walaupun kucing ini tidak diendah. Haaa kesian kan, inilah salah satu sebab kenapa kita perlu adopt kucing yang ada di pusat perlindungan. Mereka dambaka perhatian dan kasih sayang manusia.

Krysten R. Vitale, ketua kajian tersebut memberitahu  The Washington Post:

“Pada kedua-dua kumpulan, kami mendapati kucing lebih banyak meluangkan masa bersama manusia yang memberikan perhatian kepada mereka berbanding manusia yang tidak mengendahkan mereka.”

Ini mungkin berbeza dari apa yang kita lihat apabila memerhatikan kucing kita sendiri. Namun pengkaji ini menganggap yang ini mungkin ada kaitan dengan pilihan berbanding siapa yang memulakan interaksi ini.

Mikel Delgado dari Davis’s School of Veterinary Medicine, University of California berkata,

“Walaupun dalam fasa memberi perhatian, kucing mempunyai kawalan yang banyak dan ini sebenarnya apa yang kita anggap kucing sukakan — keupayaan untuk pergi meninggalkan kita. Bukan kucing haiwan yang suka menyendiri. Ini hanyalah pilihan kucing tersebut.”

Mereka yang melibatkan diri dalam kajian ini juga mengatakan yang kucing adalah individual seperti manusia. Dengan personaliti dan pengalaman peribadi yang meluas, bagaimana kucing memberikan respon terhadap perhatian (atau tidak diendahkan) akan berbeza-beza.

Menurut Vitale lagi,

“Saya rasa inilah sebabnya kenapa anjing berkelakuan seperti ini dan kucing seperti ini. Namun terdapat banyak kebolehubahan dalam kedua-dua haiwan ini.”

Secara kesimpulannya pengkaji ini mengesyorkan yang jika anda mendambakan lebih kasih sayang atau perhatian dari kucing anda, tunjukkan kepada kucing anda yang anda memberikan perhatian kepadanya. Walau kucing yang paling suka menyendiri pun akan datang jika ia tahu yang anda bersedia untuk meluangkan masa bersamanya apabila ia sendiri memilih anda.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment