Kajian Mengatakan Individu Yang Suka Kucing Seringkali Dikaitkan Dengan Tahap Kepintaran Yang Tinggi

Menurut kajian yang dilakukan ke atas 600 orang subjek, menunjukkan pemilik kucing dan individu yang lebih cenderung menyukai kucing dikatakan mempunyai IQ yang tinggi.


Pengkaji kajian tersebut Denise Guastello seorang Professor Madya dalam bidang Psikologi di Universiti Carroll di Waukesha, Wisconsin berkata:

“Ianya masuk akal yang pencinta anjing lebih cerdas dan bersemangat kerana mereka suka berada di luar, bertemu orang, berbicara dan membawa anjing mereka. Sebaliknya jika anda lebih itnrovert dan sensitif, mungkin anda lebih suka berada di rumah membaca buku dan kucing anda tak perlukan jalan-jalan di luar.”


Dalam kesemua soaljawab dan markah dalam kajian ini, individu yang suka kucing didapati mendapat markah yang tinggi dalam kepintaran yang tinggi dan dikatakan lebih bersifat ingin tahu secara intelek berbanding yang lain.
Menurut Steve McKeown psikoanalis dan pemilik klinik McKeown berkata kepada UNILAD,

“…..Individu yang suka anjing lebih sosial dan mudah menyesuaikan diri manakala individu yang suka kucing lebih sensitif dan minda terbuka. Dikatakan juga pemilik kucing tidak berapa nerurotik berbanding pemilik anjing.

Individu yang lebih cenderung kepada kucing dikatakan ‘non-conformist’ iaitu seseorang yang menegakkan apa yang mereka percaya tanpa mengira apa yang orang lain fikirkan, mungkin bersikap berdikari seperti yang ditonjolkan kucing? Individu yang suka kucing juga mendapat markah yang tinggi dalam ujian kecerdasan dan lebih berpelajaran.

Mereka juga lebih memiliki ijazah dan perakuan dari universiti-universiti berbanding pemilik anjing. Individu yang berpelajaran cenderung untuk kerja lebih baca dan sukakan haiwan peliharaan yang dapat menyesuaikan dengan gaya hidup mereka.”


Eleh elehh suka lettewwwww…. Kita kan genius hehe..

Suka kucing? Ha jom like page The Mamamiaow

Leave a comment