Kafe Kucing Di Jepun Diarah Tutup Selepas Berlakunya Pengabaian Kucing Di Situ

Cat’s Paw Café di Tokyo ditutup selepas penyiasat mendapati lebih dari 62 ekor kucing yang tinggal di dalam kafe tersebut diabaikan dan diberi layanan yang buruk. Konsep kafe kucing ini sama seperti kafe kucing yang lain. Pelanggan datang memasuki kafe ini secara berbayar kemudian minum kopi dan snek, dan sambil-sambil itu mereka boleh membelai dan bermain dengan kucing-kucing yang ada.

Konsep ini sangat popular dan ramai mula berkecimpung dalam bidang perniagaan seperti ini.

Malangnya kafe kucing ini tidak lakukan perkara yang sepatutnya untuk menjaga kucing-kucing tersebut supaya mereka selamat dan sihat dan inspektor mengarahkan kafe ini ditutup selama sebulan.

Dipercayai kucing-kucing yang ada di kafe tersebut kesemuanya sudah tua dan dalam kesihatan yang buruk. Kucing-kucing ini tinggal di bilik yang sempit dan menyebarkan penyakit. Keadaan ini sangat tidak sihat, tidak bersih dan melanggar peraturan di bawah penjagaan haiwan secara betulnya.

Tidak diketahui sama ada pemilik kafe tersebut akan membuka semula kafenya atau pun tidak. Tetapi kejadian ini menjadi contoh yang boleh dipelajari kepada semua pemilik kafe kucing yang ada di dunia ini.

BACA JUGA: Kafe kucing yang ada di Malaysia

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment