Jutawan Youtube, Aaron Benitez Sudah Berkahwin Dan Prince Michael Sendiri Menjadi Pengapitnya, Comel Je!

Selaku pencinta kucing, mesti tak asing lagi dengan saluran youtube Aaron Animal di mana bintang sensasinya kucing BSHnya yang comel iaitu si Prince Michael ni.

Kalau anda tak pasti apa yang MM katakan ni boleh tengok video di bawah:

Aaron dan Michelle Benitez melangsungkan perkahwinan mereka dan tahu cara yang paling istimewa untuk meraikannya adalah melibatkan sekali kucing mereka yagn pernah diselamatkan dahulu, Prince Michael yang berusia 5 tahun ini. Comel je Prince Michael mengenakan tuxedo sebagai pengapit majlis perkahwinan mereka!

Jonnie + Garrett, pasukan jurufoto profesional, mengabdikan detik-detik bahagia pasangan ini. Sudah tentu mereka mengambil gambar si bintang popular ini juga meraikan manusia kegemarannya yang kini sudah berkahwin.

Michelle mendapati Aaron sememangnya seorang lelaki yang ‘gila kucing’ kerana apabila pasangan ini bertemu buat kali pertama, Prince Michael atau pendeknya Michael sudah pun ada dalam hidup Aaron.

“Suami saya mengambil bela dan kami sudah memilikinya selama 5 tahun dah. Michael merupakan sebahagian besar dari kehidupan kami dan sangat penting bagi kami. Rasa macam pelik je kalau Michael tiada pada hari perkahwinan kami!”

Michael mempunyai ruang yang istimewa dalam hati Aaron sejak kali pertama dia mengambil belanya dan kini isterinya juga tahu sejauh mana pentingnya kucing ini kepada suaminya.

“Michael sudah pun menjadi sebahagian besar kehidupan kami sejak dari kami mula dating lagi. Malah ketika Michael masih kecil lagi ia akan naik subway bersama saya, pergi ke Central Park, Joshua Tree dan juga ke pantai,” menurut Aaron kepada Good Morning Amerika.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment