Juju Si Kucing Dilahirkan Tanpa Sendi Di Kaki Dan Berjalan Seperti T-Rex!

Juju yang berusia setahun ini tidak boleh menggunakan kaki hadapannya seperti kucing biasa kerana kaki hadapannya bengkok kekal dan tulangnya bersambung di mana siku sepatutnya berada.

Kebanyakan kucing yang mengalami kecacatan tulang disuntik m4ti namun Juju diambilbela oleh keluarga yang mempunyai haiwan peliharaan lain yang juga kurang upaya.

Pemilik Juju, Karen Gorne 51, mengadopsi anak kucing ini serta kakaknya Jilly pada bulan Mac tahun lepas selepas kedua duanya ditemui dipinggirkan berdekatan Hospital Veterinar River-Oak di Riverbank California. Karen dan suaminya Tim 53, berkata walaupun cacat ini tidak menghalang Juju untuk melompat keriangan di kediaman mereka di Salida, California.

Juju juga dilahirkan dengan tapak kaki belakang yang besar dimana ia sangat membantunya untuk bergerak.

Menurut Karen:

“Juju jalan terbongkok ke depan seperti dinosaur T-rex. Ia juga mempunyai tapak kaki belakang yang besar seperti arnab yang membantnya untuk melompat tinggi dan memberi keseimbangan kepadanya. Oleh kerana tiada sendi pada sikunya jadi tangan hadapannya bengkok secara kekal.”

“Kaki hadapannya tidak boleh tegak jadi melompat, memanjat mahupun mencakar merupakan perkara sukar untuk Juju.”

Karen yang juga menjaga dua ekor anjing bermara satu bernama Charlie dan Duncan, seekor anjing French bulldog dengan murmur jantung.

“Penternak mahu suntik m4ti Charlie kerana sebelah matanya terkeluar semasa ia bayi namun ia mampu hidup dengan gembira dan kehidupan yang normal walaupun mempunyai satu mata sahaja.”

 “Saya mudah rasa kasihan bab haiwan yang kurang upaya.”

Karen akan dihubungi sekiranya ada haiwan kurang upaya yang diselamatkan oleh pihak penyelamat.

kata Karen yang kini mempunyai 3 ekor anjing dan 5 ekor kucing:

“Saya selalu berkata yang saya akan menjaga sementara sahaja tapi lama kelamaan saya terus membela mereka”

 “Mengambil masa untuk menjaga mereka lebih lebih lagi Juju. Saya perlu pastikan yang ia tidak mengalami kesakitan kerana perlu berjalan hanya dua kaki. Namun setakat ini keadaannya baik baik sahaja.”

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment