Jom Kenali Spesis Kucing Liar Yang Bernama Caracal ni

Caracal adalah kucing liar yang bersaiz medium dengan telinga yang sangat menonjol, kaki yang panjang dan bulu berwarna perang yang pekat.

Apa yang menarik mengenai caracal adalah telinganya itu. Telinga caracal terbit hampir setinggi yang kucing liar ini mampu melompat.

Macam mana rupa caracal ini?

Caracal mempunyai ciri-ciri fizikal yang sangat menarik. Kaki yang panjang dapat membolehkan mereka melompat hampir setinggi 7 kaki untuk menangkap burung dan pemangsa yang berada di atas pokok. Bulu kasar yagn berada di bawah tapak kakinya berfungsi untuk melindungi kakinya semasa berjalan di atas pasir.

Apa nama lain selain caracal?

Caracal adalah spesis kucing liar kecil yang paling besar. Terdapat 3 subspesis yang wujud:

  • Caracal caracal caracal di selatan dan timur Afrika
  • C. c. nubicus di utara dan barat Afrika
  • C. c. schmitzi di Timur Tengah dan India.

Caracal juga dipanggil lynx padang pasir, karakulak dalam bahasa Turki yang bermaksud ‘telinga hitam’. Manakala di India dipanggil harnotro yang bermaksud ‘pembunuh blackbuck’.

Seperti kucing liar yang lain, caracal dapat mengadaptasi kepada pelbagai jenis habitat. Habitat mereka termasuklah kawasan hutan, savanah, semi padang pasir dan gunung-ganang. Keadaan yang mereka sukai adalah persekitaran yang sukar iaitu kawasan kering, kawasan terbuka dengan sedikit perlindungan untuk memburu dan tempat perlindungan.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment