Jom Buat Sendiri Penyembur Mengelakkan Kucing Dari Mencakar Perabot Anda

Kucing sememangnya suka mencakar untuk menguatkan, menajamkan dan menyebarkan baunya di sesuatu kawasan. Selalunya di bucu sofa kita lah yang jadi mangsa.

Kali ni MM nak share resipi air penyembur yang dapat melindungi perabot kita dari dicakar kucing. Penyembur ini juga boleh disembur pada bucu rumah atau pada karpet untuk mengelakkan kucing kita kencing atau berak merata-rata.

Bahan-bahan:

  • Sabun Pencuci pinggan
  • Essential oil rosemary
  • air
  • botol penyembur

Cara-cara:

  • Isikan 3/4 air dalam botol penyembur
  • Tambahkan beberapa titik sabun pencuci pinggan
  • Tambahkan 10 titik essential oil rosemary
  • Tutup botol dan goncangkan campuran tersebut

Secara mudahnya hanya sembur di mana kawasan anda ingin elakkan dari kucing. Boleh sembur di bucu sofa untuk elakkan kucing anda mencakar. Campuran ini semulajadi dan jangan risau sekiranya ia mencederakan kucing anda.

Sumber: Mom4real

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

 

Leave a comment