Jenis Kucing Siam Yang Ada Di Dalam Dunia ini

Kucing siam adalah satu di antara kucing paling sophisticated yang anda pernah jumpa.

Dengan mata yang memukau dan bulu yang anggun, kucing siam kelihatan seperti bergaya untuk majlis yang serius. Sudah berabad lamanya kucing siam wujud dan ada di dalam manuskrip purba Thailand. Walaubagaimanapun, pada abad ke 19 kucing siam menjadi popular di Barat. Mereka dikategorikan sebagai haiwan peliharaan yang bergaya. Tapi tahukah anda terdapat beberapa jenis kucing siam yang ada di dunia ini? Jom sama-sama kita lihat:

1. Baka Standard

Terdapat beberapa jenis baka kucing siam standard yang diakui oleh Cat Fanciers Association . Ia didatangi dengan 4 warna yang berbeza: seal point, blue point, chocolate point dan lilac point.

Point adalah warna yang menonjol pada kucing siam iaitu pada muka, telinga, kaki dan ekor serta perlu mempunyai definisi yang jelas. Kucing siam ini juga berotot dan mempunyai profil atletik.

2. Seal Point

Kucing siam jenis ini boleh dikenali dari warna bulu ‘fawn’ yang akan semakin gelap apabila meningkat usia. Warna point mereka adalah coklat gelap seakan hitam sama seperti warna anjing laut (dari situ mereka dapat nama Seal). Manakala hidung dan kaki mempunyai deskripsi yang sama. Warna keseluruhan kucing siam jenis ini dikatakan muncul kali pertama dari jenis kucing siam yang lain. Bulu pada perut mereka kadang kala lebih cerah dari belakang mereka.

2. Chocolate Point

kucing siam jenis ini dikategorikan dengan bulu berwarna krim berserta point berwarna coklat gelap. Hampir sama seperti seal point, cuma lebih cerah dan terang.

Mempunyai bulu badan yang cerah seperti seal point cuma bezanya hidung dan tapak kaki kucing siam jenis ini berwarna merah jambu.

3. Blue Point

Kucing siam jenis ini sangat rare. Seperti namanya itu, kucing siam ini mempunyai warna kelabu seakan-akan biru pada wajah, telinga dan hujung ekor mereka. Terdapat juga sedikit kebiruan pada bulu putih mereka dan kadang kala ada juga pada bawah perut. Kucing siam jenis ini dikenali secara rasminya pada tahun 1934.

4. Lilac Point

Kucing siam jenis ini menerima pengiktirafan yang sah pada tahun 1955. Kucing siam jenis ini mempunyai warna point yang sangat cerah sehingga kelihatan seperti warna kelabu keunguan atau merah jambu pucat. Tambahan lagi warna bulu kucing siam jenis ini paling cerah antara kucing siam yang lain. Termasuk jugalah hidung dan kaki mereka.

Kepelbagaian

Selain dari empat jenis utama kucing siam, terdapat juga beberapa kepelbagaian yang dicipta oleh pembiak. Menariknya semua anak kucing siam mempunyai bulu berwarna putih atau krim. Warna point kucing siam akan mula muncul selepas anak kucing semakin membesar.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment