Jaundice Pada Kucing- Punca dan Simptom

Bukan manusia sahaja yang boleh terkena jaundice, kucing pun tidak terkecuali.

Kredit gambar: BamBam’s Journey Fighting Jaundice

Juga dikenali sebagai icterus, jaundice adalah kondisi di mana kulit menjadi kuning, mata putih serta gusi bertukar menjadi kuning kerana peningkatan bilirubin dalam darah.

Punca

Jaundice itu sendiri merupakan simptom berbanding penyakit dan ia dikatergorikan dalam 3 kategori iaitu prehepatic, hepatic dan posthepatic. Ini dapat membantu veterinar mengesan punca yang berkaitan.

Pre-hepatic jaundice:

Juga dikenali sebagai hemolytic jaundice, prehepatic jaundice berlaku kerana peningkatan pemecahan sel darah merah yang menyebabkan peningkatan tahap bilirubin yang tinggi di dalam darah. Ini berlaku sebelum darah sampai ke hati.

  • Jenis darah yang tidak bersesuaian kerana antibodi dalam susu ibu kucing menyerang sel darah merah anak kucing.
  • Hemobartonellosis,¬† satu jangkitan parasit dalam darah yang disebabkan oleh jangkitan bakteria yagn dipanggil mycoplasma. Parasit tersebut melekapkan dirinya di dinding sel darah merah dan usaha menghapuskan parasit tersebut menghapuskan juga sel darah merah oleh sistem imun kucing.
  • Keracunan bawang merah yang menyebabkan sel darah merah kucing berkurangan. Itulah sebabnya bawang sangat bahaya kepada kucing.
Kredit gambar: gravida.ru

Hepatic jaundice:

Ini berlaku apabila berlaku kerosakan pada hati, yang mengganggu fungsi hati untuk memproses bilirubin. Jaundice jenis ini yang kerap berlaku pada kucing

  • Hepatitis adalah keradangan yang berlaku pada hati
  • Cholangitis/cholangiohepatitis: Keradangan yang berlaku pada hati dan saluran hempedu.
  • Jangkitan termasuklah FIP, leptospirosis dan toxoplasma.
  • Toksin (keracunan atau sesetengah ubat-ubatan).
  • Hepatic lipidosis.
  • Kanser.

Post-hepatic jaundice:

Jenis jaundice ini berlaku selepas darah sudah melalui hati.

  • Batu karang.
  • Pancreatitis.
  • Kerosakan saluran hempedu ke hati yang juga dikenali sebagai cholestasis.
  • Parasit hati
  • Kanser.

Simptom-simptom

Kredit gambar: VETSNOBIETY

Kulit, membran mucous dan mata kekuningan. Jaundice mungkin sukar untuk dilihat pada kulit kucing yang bulunya berwarna gelap namun ia boleh dikesan pada gusi dan mata putih kucing.

Simptom lain yang mungkin muncul adalah:

  • Muntah-muntah
  • Cirit-birit
  • Keletihan
  • Kurang selera makan
  • Sakit bahagian abdomen
  • Kesukaran untuk bernafas, bernafas melalui mulut, pernafasan sangat laju.
  • Warna urin yang sangat gelap
  • Kekerapan membuang air kecil dan minum air

Jika anda melihat tanda-tanda tersebut pada kucing anda sila bawa kucing anda ke veterinar dengan kadar segera.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment