Jangan Terkejut Ya, Kuda Pun Ada Yang Berbulu KERINTING!

Tanyalah semua orang apabila mendiskripsikan kuda comfirm dorang beritahu yang betapa bersinar, licin dan terurus bulu kuda ni. Smooth and Silky lah katakan.

Namun tidak ramai yang tahu apabila tibanya musim sejum, kuda kuda ini akan tumbuh bulu bulu kerinting seluruh badan mereka. Termasuklah bulu di dalam telinga.

Jom tengok kuda bulu kerinting yang ada di Utara Amerika.

Baka kuda yang sememangnya sudah lagenda ni memiliki bulu kerinting seolah olah anjing Labradoodle. Sama seperti anjing tersebut, bulu kerinting ini berbeza beza dan hypoalergenik juga. Jadi golongan yang alergik tu tiada masalah bersin bersin bila belai kuda ni.

“Bulu-bulu ini hanya akan kerinting pada musim sejuk,”¬†kata Betsy Lirakis yang menjalankan program terapuitik menaiki kuda yang ekslusifnya menggunakan kuda jenis bulu kerinting ini.
“Bulu bulu kerinting ini akan luruh semasa musim panas. Ada yang mempunyai bulu kerinting tebal dan lembut dan ada juga bulu kerinting yang tebal dan sedikit kasar.”

Bagaimana kuda kuda ini dapat rupa mereka yang unik ini masih lagi menjadi misteri.

Di China, kuda yang mempunyai bulu kerinting seringkali digambarkan dalam hasil seni pada abad yang ke 161. Gambar kuda jenis Bashkir yang sepenuhnya berbulu kerinting  dari Rusia ditemui semasa tahun 1800 dan bukti bukti kuda unik ini juga boleh ditemui di bahagian Eropah juga. Walaubagaimana pun sekiranya kuda kuda tersebut adalah nenek moyang kepada kuda kerinting Amerika masih tidak jelas.

Bukan bulu kerinting sahaja yang membuatkan personaliti kuda ini menyerlah. Kuda kuda ini dikatakan sangat bijak dan cepat belajar dan boleh bekerja bagus untuk mana mana individu yang kepelbagaian tahap pengalaman.

Rasa rasa kat Malaysia susah sikit lah nak jumpa sebab Malaysia kan tiada musim sejuk. Hehe

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment