Jangan Ambil Ringan Sekiranya Anda Digigit Kucing

Menurut kajian baru-baru ini, gigitan kucing tidak seharusnya diambil ringan oleh manusia.

Sebarang kecederaan yang diakibatkan oleh haiwan sepatutnya dirawat segera. Infeksi dari gigitan anjing berlaku kurang dari separuh jumlah kes digigit kucing.

Kajian tersebut juga menyatakan

“Lebih kurang 30% ke 50% gigitan kucing diburukkan lagi oleh infeksi yang berlaku seawal tiga jam selepas gigitan berlaku dalam 50% kes infeksi.”
“Walaupun ramai individu mungkin sukar untuk segera berjumpa doktor, semua gigitan pada tangan harus menerima rawatan perubatan,” kata pakar bedah ortopedik dan ketua kajian Stephen Kennedy dari Universiti Washington.
“Walaupun antibiotik tidak selalunya disyorkan untuk luka gigitan, namun jika gigitan berlaku di tangan disyorkan untuk antibiotik supaya dapat mengurangkan risiko infeksi dan kecacatan.” tambah Kennedy.

Kredit gambar: Bob Pusateri

Simptom jangkitan termasuklah erythema (kemerahan), edema (membengkak), kesakitan yang progresif dan demam. Ini merupakan simptom yang juga disebabkan oleh gigitan manusia dan juga haiwan.

Walaupun kucing tidak mempunyai kekuatan rahang seperti anjing, walaubagaimanapun gigi kucing masih lagi tajam boleh menyebabkan kecederaan yang serius.

Sering diingatkan bahawa jika berlaku kecederaan dari gigitan, pentingnya untuk memeriksa tangan secara menyeluruh untuk mengesan luka tusukan walaupun luka tersebut sekecil zarah sekalipun bakteria masih boleh menembus masuk dan membiak di dalam luka tertusuk itu.

“Jika ada luka tusukan walaupun kecil, cuci secepat mungkin dengan sabun dan air dan jumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.”

 

BACA JUGA:

Wanita kehilangan fungsi tangan setelah digigit kucing

Tips untuk menghentikan tabiat kucing yang suka menggigit

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment