Jamin Keselamatan Dan Jejak Kucing Anda Dengan Passpot Haiwan

Penolong Pengarah Kanan Institut Veterinar Negara, Dr. Mas Ayu Suraya Abd. Rahman menjelaskan, cip penyimpanan data haiwan dikenali sebagai Peranti Identiti Frekuensi Radio (RFID). Cip-cip RFID disediakan dalam pelbagai bentuk seperti mikrocip bersaiz kira-kira satu milimeter (mm), tanda identiti (tag) yang selalu dipasang pada telinga lembu dan gegelang untuk haiwan kumpulan burung.

RFID jenis mikrocip kini giat dipromosikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dengan kerjasama klinik-klinik haiwan berdaftar di seluruh Malaysia. Selain menjamin hak milik haiwan peliharaan kepada pemilik, ia juga membantu JPV menyimpan rekod-rekod haiwan dalam negara.

“Daya jejak haiwan dapat ditingkatkan menerusi mikrocip dan segala maklumat penting haiwan disimpan di dalam pasport haiwan tersebut memudahkan urusan pembancian haiwan peliharaan atau ternakan. Pengawalan penyakit juga dapat dilaksanakan kerana pihak kami dapat mengenal pasti haiwan yang membawa penyakit tersebut dan mempercepatkan kajian serta pengeluaran vaksin,” jelas Mas Ayu. Pemasangan mikrocip tanpa kos servis di klinik haiwan kerajaan dalam lingkungan harga RM18 hingga RM25.

Fasa satu atau peringkat permulaan pasport haiwan telah dibangunkan pada tahun 2009 dan diperkenalkan pada tahun 2010.

Sebelum ini, pemilik haiwan perlu membawa empat dokumen bagi urusan rawatan atau ke luar negara, kini mereka hanya perlu menggunakan satu pasport sahaja.

Projek tersebut dimulakan di Kuala Lumpur. Dalam tempoh dua tahun, ia mampu mengumpul sebanyak 700 pendaftar. Hari ini, pasport haiwan yang memerlukan pemasangan mikrocip telah berkembang kepada 2,000 haiwan dengan 1,000 pemilik di seluruh negara.

“Mikrocip telah diperkenalkan JPV sejak tahun 2000, namun ia lebih kepada tanda identiti pada telinga yang mengalami masalah mudah tertanggal dan hilang.

“Masyarakat kita kurang diberi pendedahan tentang perkara begini dan maklumat hanya sampai kepada golongan tertentu. Sesetengah negara mewajibkan pemasangan mikrocip ke atas haiwan peliharaan bagi memudahkan pengenalan baka dan kawalan penyakit jika ia dibawa masuk atau keluar negara.

“Trend pemasangan mikrocip dan pendaftaran pasport haiwan dilihat meningkat setiap bulan. Menerusi kerjasama JPV Kuala Lumpur dan Kelab Kucing Malaysia, kita harapkan agar lebih ramai penduduk kota sedar tentang kepentingan mikrocip dan pasport,” ujar Mas Ayu yang mengesahkan terdapat beberapa kes pencurian haiwan peliharaan berjaya diselesaikan menerusi pengimbasan mikrocip pada badan haiwan tersebut.

Mas Ayu turut mengingatkan kepada mereka yang kehilangan haiwan peliharaan untuk menyemak portal pasport haiwan di www.petpassport.dvs.gov.my pada ruangan lost & found.

Sekiranya terdapat aduan kehilangan, pemilik boleh menyemak status dengan memasukkan nombor mikrocip haiwan.

Objektif passpot haiwan

  1. Membantu dalam kawalan penyakit
  2. Untuk menpertingkatkan sistem mengesan haiwan.
  3. Untuk menggalakkan tanggungjawab terhadap pemilikan haiwan peliharaan.
  4. Untuk mempromosikan kesedaran terhadap kebajikan haiwan.

Tujuan passpot haiwan

  1. Untuk menyediakan sistem identifikasi formal untuk haiwan.
  2. Membina sistem pangkalan data untuk meningkatkan kawalan penyakit yang berkesan.
  3. Untuk menggalakan tanggungjawab terhadap pemilikan haiwan peliharaan.

Kelebihan jika mendaftar

  1. Senang untuk mengesan haiwan peliharaan anda jika hilang.
  2. Dapat membuktikan pemilik haiwan peliharaan.
  3. Mengumpul semua informasi mengenai haiwan anda.

Haiwan yang boleh didaftar

  1. Kucing
  2. Anjing
  3. Arnab
  4. Kuda

Pendaftaran Haiwan Malaysia

  1. Semua pejabat Veterinar di Jabatan Veterinar Malaysia.
  2. Klinik veterinar yang bertauliah di bawah pilihan Jabatan Veterinar Malaysia.

Yuran pendafraran 

No Card. Yuran (RM)
1 Kucing 7.00
2 Anjing 7.00
3 Arnab 7.00
4 Kuda 9.00

Yuran ini tidak termasuk penanaman mikrocip, pemeriksaan fizikal dan gambar.

Cara untuk mendaftar

Kad Identifikasi Haiwan ini boleh dimohon di:

  1. Semua jabatan veterinar negeri seluruh Malaysia.
  2. Semua klinik veterinar yang ditauliahkan oleh Pendaftaran Haiwan Malaysia.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment