Jaga 250 Ekor Kucing Kerana Tak Sanggup Membiarkan Kucing-Kucing Terabai

Sangat berinsipirasi apabila melihat individu yang menjalankan pusat perlindungan haiwan.

MM sendiri pun kalau diberikan rezeki yang melimpah ruah memang teringin sangat nak buat taman kucing. Kucing-kucing jagaan semua bebas berlari dalam taman tu.  Mana tahu someday tercapai juga impian MM kan?

Dita Agusta dari Parung, Jakarta tinggal bersama 250 ekor kucing yang dikutip di jalanan dan dia memberikan perlindungan kepada kesemua kucing-kucing ini. Dita melakukan semua ini dengan harapan satu hari nanti ada yang ingin mengambilbela kucing-kucing ini. Dita mempunyai semangat menyelamatkan kucing sejak dari kecil lagi dan sering melihat kucing-kucing terbiar di kawasan kejiranannya.

“Susah hati lihat kucing-kucing ini terbiar di tepi jalan”

Dita dan suaminya, Mohamad Lutfi berpindah dari Bekasi ke Parung yang menjadikan Dita lebih gembira kerana rumah yang lebih besar, jadi kucing-kucingnya lebih selesa.

Menjaga kesemua kucing-kucing ini bukan satu tugas yang mudah. Dita dan suaminya membelanjakan hampir 1 juta Rupiah (RM300) sebulan bagi makanan kucing, keperluan perubatan dan pasir kucing. Bukan itu sahaja mereka juga mengupah 5 orang pekerja untuk membersihkan rumah mereka sehari dua kali untuk memastikan kebersihan sentiasa terjaga.

Tambahan lagi, Dita memberitahu yang dia tidak hanya mengambil kucing yang sihat, cantik dan bersih malah dia juga menjaga kucing-kucing yang sakit atau kekurangan upaya yang memerlukan penjagaan selamanya.

Dita sering kali berjalan-jalan di kawasan perumahannya untuk memberi makan kucing yang dijumpainya. Dengan menjadi pemilik kucing yang bertanggungjawab, Dita memastikan kesemua kucing-kucingnya dikembiri untuk mengawal populasi dan membersihkan kucing-kucingnya untuk memastikan mereka sentiasa bersih.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow 

 

Leave a comment