Izzue Islam dan Isteri Tetap Bahagia Bersama 7 Ekor Kucing Mereka

Pelakon dan penyanyi Izzue Islam sememangnya sudah diketahui dengan sifatnya yang sukakan kucing.

Tahu tak anda Izzue mempunyai kucing sebanyak 7 ekor kesemuanya. Comel-comel gebu-gebu dan dijaga rapi bagai anak sendiri kesemuanya.

Izzue Islam sudah pun mendirikan rumahtangga bersama pengurusnya Awin Nurin sejak tahun 2013 lagi. Walaupun mereka masih belum dikurniakan rezeki anak, kehidupan mereka tetap bahagia dengan kehadiran 7 ekor kucing ini yang dinamakan Loki, Loli, Siska, Pico, Coko, Flower dan Toby. Semestinya hari-hari mereka meriah dengan gelagat dan telatah kucing-kucing ini.

Pada mulanya Izzue mempunyai 8 ekor kucing kesemua namun sedihnya kucing Izzue yang bernama Lola telah pun tiada dua tahun yang lepas.

Pico

Loki

Siska

Flower

Lola

Loli

Coko

Toby

Membahasakan dirinya Daddy kepada kesemua kucing-kucing ini, ternyata Izzue Islam menganggap kucing-kucingnya seperti anaknya sendiri. Ha dan jangan chuols tak tahu ya 7 ekor kucing Izzue ini siap ada akaun instagram lagi dan setakat ini mempunyai pengikut seramai 19.4 ribu . Ha tunggu apa lagi jom follow..

Kredit foto: Iiancats

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment