Istanbul, Syurga Buat Kucing Jalanan

Masyarakat yang menjaga kebajikan haiwan semestinya masyarakat yang sihat dan sejahtera. Post kali ni MM nak share mengenai Istanbul di mana rakyatnya sangat menjaga kebajikan kucing kucing jalanan di sana. Sehinggakan Istanbul diberi gelaran sebagai syurga kucing jalanan. Susah nak jumpa kucing jalanan yang kurus kering kat sana. Semua gemuk-gemuk sihat.

Istanbul tidak akan sama tanpa kucing jalanannya sehingga ia menjadi jiwa kepada bandar tersebut. Kadang kala sehinggakan seperti kucing yang mendominasi bandar tersebut.

Beratus kucing jalanan berjalan sekitar kaki jalan sepanjang daerah kebudayaan Turki, tidur di setiap tempat yang selesa dan memberi sinar kegembiraan di samping kehidupan bandar yang sibuk. Anda akan sering melihat orang mengheret beg besar berisi makanan kucing, memberi makan kucing jalanan di taman atau disimpang kejiranan, sementara majlis pebandaran mereka membina rumah kecil semata mata untuk kucing kucing jalanan mereka berlindung semasa cuaca musim sejuk. Tapi dari mana asalnya kucing kucing ni?

Ini bermula sejak dari kerajaan Uthmaniyyah.

Dipercayai banyak kapal berlabuh di Constantinople dengan membawa banyak kucing untuk mengawal makhluk perosak seperti tikus. Kucing kucing tersebut dianggap turun menuju ke pusat bandar dan berkembang tahun demi tahun dengan baka yang bercampur aduk dan bertambah populasinya.

Jika kucing sering dikaitkan dengan ahli sihir dan syaitan di Eropah, semasa era Uthmaniyyah, orang orang alim sering menjaga kebajikan kucing, melalui yayasan tempatan. Kucing dianggap haiwan yang bersih, itulah penjelasan kenapa mereka sangat menyayangi kucing dan mereka mahu mencontohi Nabi Muhammad yang juga sangat menyayangi kucing. Ini terbukti dengan kisah baginda sanggup memotong lengan jubahnya kerana tidak mahu mengganggu kucing yang sedang tidur lena di atas jubahnya. Dalam kisah yang lain, seekor kucing yang bernama Abu Hurayrah menyelamatkan Nabi Muhammad dari ular yang berbisa. Lalu Nabi Muhammad merahmati kucing tersebut dengan kelebihan untuk mendarat dengan kaki sebagai tanda terima kasih. Kucing juga diberi kehormatan untuk menjaga bandar dari tikus yang dikenali sebagai haiwan perosak yang membawa pelbagai penyakit.

Dokumentari Kedi

Pada tahun 2015, seorang pengarah Ceyda Torun merakam kucing jalanan di Istanbul untuk dokumentari nya Kedi, yang mencetuskan minat seluruh dunia terhadap fenomena mengenai kucing di Istanbul. Berdurasi sepanjang 80 minit, Torun mengikuti kisah 7 ekor kucing jalanan Istanbul, dengan indahnya mengekspresikan integrasi yang mendalam di antara penduduk Istanbul dengan kucing jalanan mereka, tambahan dengan persahabatan yang mendalam antara manusia dan kucing.

Media sosial juga tak kurang hebatnya dengan wujudnya page  Cats of Istanbul yang menerima pengikut yang baru setiap hari. gaining new followers regularly. Pada Oktober 2016, majlis pebandaran Kadıköy mendirikan patung gangsa sebagai tanda peringatan kucing yang bernama Tombili, seekor kucing yang terlebih berat sehingga menjadi tarikan dan juga menjadi maskot untuk kejiranan tersebut.

Di tempat lain, kucing juling yang bernama Gli mendiami Hagia Sophia .  

Hagia Sophia dikenali sebagai Muzium Ayasofya, ia adalah katederal Kristian yang semasa era pertengahan kemudia ia ditukar menjadi masjid utama pada 1453 oleh Kerajaan Uthmaniyyah dan ditukar menjadi muzium pada tahun 1935. Ia dikenali sebagai bangunan yang hebat dan bangunan yang tercantik dalam sejarah.

Sehinggakan Gli mempunyai laman blognya sendiri, di mana tempat untuk pengunjung berkongsi gambar mereka bersama Gli.

MM harap satu hari nanti Malaysia juga boleh jadi seperti Instanbul di mana kebajikan kucing-kucing jalanan sangat terjaga dan terbela. Miaowers semua jangan lupa tengok dokumentari Kedi ya. Best taw!

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment

MamaMiaow

Author:

Hanya seorang miaowers yang suka kucing dan suka berkongsi informasi mengenai kucing