Sayang kucing tu sayang la tapi kalau kucing anda mula kencing di atas katil boleh jadi masalah juga kan?
Nampak seperti kucing anda sengaja lakukan perkara ini kan, tetapi tidak… Jadi kenapa kucing anda lakukan perkara ini?
1. Masalah kesihatan
Menurut Catster, perkara yang pertama anda perlu mempertimbangkan adalah kucing anda mungkin mengalami masalah kesihatan jika ia mula kencing di atas katil anda. Beberapa masalah kesihatan yangberpotensi adalah diabetes, jangkitan saluran kencing, ketidakseimbangan hormon dan arthritis.
2. Perlukan kawasan yang tinggi
Kucing selalunya berasa selamat apabila berada di tempat tinggi. Ada kucing yang tidak sukakan kotak pasir kerana terletak atas lantai dan mereka berasa tidak selamat. Jadi kucing akan mencari tempat yang lebih tinggi untuk kencing seperti atas katil atau sofa. Ini hanyalah mencerminkan tingkahlaku semulajadi mereka dalam dunia liar.
3. Kegelisahan
Menurut Vet Street, sebab yang lain kenapa kucing anda kencing di atas katil anda adalah mereka rasa gelisah. Veterinar berkata kucing mengalami kegelisahan jika mereka mempunyai masalah dengan pemilik mereka, jika mereka mempunyai masalah dengan kucing lain di dalam rumah atau mereka mengalami kegelisahan perpisahan apabila tinggal bersendirian.
4. Masalah hubungan
Bukan selalunya hubungan seksual kucing namun lebih kepada hubungan dengan kucing lain di dalam rumah atau kucing lain di kejiranan. Kucing adalah haiwan yang sangat menjaga kawasan dan mereka mementingkan kedudukan hierarki. Jika ada kucing baru datang ke dalam kawasan kucing anda, mereka akan terasa untuk menanda wilayah mereka pada beberapa tempat. Ini menjadi masalah sekiranya anda membawa pulang kucing baru ke dalam rumah anda.