Inilah Diet Yang Paling Terbaik Untuk Kucing Menurut Doktor Veterinar

Walaupun anda tidak pernah memikirkannya, diet kucing sebenarnya sangat tertentu.

Inilah yang dikatakan sebagai “karnivor tegar”, ini bermakna kucing perlu makan jumlah daging yang banyak untuk mendapatkan kesemua nutrien untuk tubuh dan sihat.

Untuk membantu anda memahami dunia diet kucing, berikut merupakan apa yang disarankan oleh veterinar.

1. Kucing perlukan banyak protein berasaskan haiwan.

Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2011, menunjukkan apabila kucing diberikan makanan yang mempunyai pelbagai protein, lemak dan karbohidrat mereka lebih cenderung untuk memilik diet yang memberikan mereka 52% kalori mereka dari protein, 36% dari lemak dan 12% dari karbohidrat.

2. Usia kucing sememangnya penting

Salah satu faktor apabila memilih makanan kucing adalah usia kucing anda. Tahap usia yang berbeza bermaksud tahap aktiviti dan keperluan yang berbeza. Sebagai contoh, anak kucing lebih aktif berbanding kucing yang lebih senior dan anak kucing juga memerlukan nutrien tambahan untuk membantu mereka dalam proses tumbesaran yang aktif. Kalau bayi manusia tidak boleh makan makanan orang dewasa, sama juga lah seperti bayi kucing.

3. Keperluan nutrien kucing anda berbeza setiap masa

Anda juga perlu memikirkan sebarang penyakit atau sensitiviti yang mungkin diperolehi dari masa ke masa apabila membeli makanan kucing. Sebagai contoh, ibu kucing yang menyusu memerlukan diet yang tinggi kalori menurut VCA, dan ada beberapa kucing yang perlukan lebih diet yang ringkas kerana alergi. Veterinar dapat menentukan diet apa yang sesuai untuk kucing yang memerlukan keperluan yang spesifik ini.

4. Makanan basah mungkin lebih bagus

Walaupun secara keseluruhannya kualiti makanan yang penting, secara keseluruhannya makanan basah adalah plihan yang paling terbaik apabila memilih makanan kucing. Tetapi sekiranya makanan kering tersebut tinggi kualiti, ianya lebih bagus berbanding makanan basah yang rendah kualiti.

5. Kucing sepatutnya tidak diberikan karbohidrat

Seperti yang dijelaskan awal tadi, kucing adalah haiwan karnivor tegar yang memerlukan protein berasaskan haiwan dalam diet harian mereka. Karbohidrat sepatutnya tidak dipilih sebagai bahan utama dalam diet kucing. Terlalu banyak serat dalam diet kucing akan menyebabkan kucing kekurangan nutrien, obesiti, masalah organ dan masalah saluran urinari.

6. Ada beberapa makanan manusia yang OK

Walaupun kucing secara utamanya perlu diberikan makanan khas untuk kucing, kita boleh saja berikan kucing makanan manusia. Makanan yang boleh dikongsi bersama kucing, anda boleh rujuk di sini.

7. Beli makanan kucing dalam kuantiti yang kecil

Walaupun beg makanan kucing mungkin dapat mengurangkan kos, ianya sebenarnya sesuai untuk pemilik kucing yang membela banyak kucing. Pilih kuantiti yang boleh digunakan kurang dalam sebulan paling idealnya selama 3 minggu.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment