Individu Yang Sukakan Kucing Boleh Kaitkan Diri Mereka Dengan 8 Perkara Ini

Mari-mari semua geng pencinta kucing di luar sana.  Ada individu dalam dunia ini yang sayangkan kucing lebih dari segalanya (beside keluarga sendiri lah kan).

Sep sikit! Bagi kita yang sayangkan kucing ini semestinya kita boleh kaitkan diri kita dengan beberapa perkara.

Ya kucing sememangnya haiwan yang sukar untuk difahami. Namun kita tetap sayangi mereka tanpa prejudis haaa gitu.

1. Anda sangat defensive apabila ada debat mengenai kucing vs anjing

Kenapa kita perlu pilih kasih kan? Kucing dan anjing sememangnya dua jenis haiwan yang berbeza jadi macam tak adillah kalau perlu pilih satu sahaja. Walaupun kita muslim tak salah kalau kita suka anjing juga. Anjing kan makhluk Allah juga cuma kita tidak dibenarkan untuk membela seperti kucing boleh dibelai-belai. Pencinta kucing kan pencinta haiwan juga. Betul tak?

2. Tiada apa yang lebih bagus dari mata kucing yang membuntang bulat

Anda mungkin ingat scene dalam filem Shrek 2 di mana mata Puss jadi bulat hitam. Fikirkan scene itu sahaja boleh buatkan hati kita senang. Anda mudah mengalah sekiranya kucing anda buat mata bulat tu.

3. Anda tahu anda jumpa kawan baru apabila anda menemui pencinta kucing yang lain

Ini sememangnya best! Bila anda dapat tahu yang kawan baru anda juga pencinta kucing seperti anda, serta merta anda menghormati kawan baru anda tu. Macam kawan yang baru kenal jadi kawan yang dah lama kenal. Dan semestinya topik bualan anda mengenai kucing. Kadangkala ada yang jumpa jodoh dengan pencinta kucing yang lain.

4. Tak pernah jemu lihat gambar kucing

Sebanyak mana lambakan gambar-gambar dan video-video mengenai kucing anda tidak pernah jemu. Anda mungkin juga mengikuti instagram beberapa kucing yang femes.

5. Jika ada keramaian, anda sahaja yang bermain dengan kucing tuan rumah

Jujurlah ok anda hanya lebih berkaitan dengan rakan kucing anda. Jika ada kenduri kendara keramaian atau parti sekiranya anda menemui tuan rumah ada kucing, anda tidak kisah untuk duduk lama di situ. Langsung tak peduli orang lain, anda hanya sibuk dengan kucing sahaja.

6. Terlekat sedikit bulu kucing anda tidak kisah

Anda berhenti menggunakan roller untuk menghilangkan bulu yang ada pada seluar anda. Ini tidak menjadi masalah pada anda. Ini hanya menunjukkan yang anda suka membelai kucing dan anda bangga mengenainya.

7. Anda tegur semua kucing yang anda jumpa

Ini adalah reaksi automatik seorang pencinta kucing. Jumpa sahaja kucing di jalan anda akan tegur dan menghulurkan tangan anda supaya kucing tersebut mendekati anda. Yea anda bukan keseorangan MM pun macam ni haha.

8. Bunyi purring kucing adalah bunyi yang sangat menenangkan bagi anda

Bunyi purring  adalah validasi yang menunjukkan kucing sangat gembira apabila berdekatan dengan anda. Ia adalah bunyi yang paling best di dunia. Lupakan sahaja bunyi hujan, kerana bunyi purring adalah bunyi yang paling menenangkan bagi anda.

Amacam? Rasa-rasa kesemua perkara ini chuols boleh kaitkan tak? Ce kongsi apa yang anda rasa di ruangan komen.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment