Imam Di Istanbul Buka Pintu Masjidnya Untuk Kucing Jalanan

Istanbul sememangnya dikenali sebagai syurga buat kucing jalanan.  

Kucing jalanan di sini bebas pergi kemana sahaja tanpa disakiti oleh penduduk di situ. Sehinggakan bandar tersebut digelar ‘Catstantinople’.

Walaupun kucing kucing jalanan di situ mendapat layanan yang baik, mereka tetap tidak selalunya mendapat makanan dan tempat tinggal yang hangat.

Seorang Imam yang baik hati telah membuka masjid jagaannya kepada kucing jalanan dan juga anak anak kucing semata mata untuk menyelesaikan masalah ini jadi kucing kucing ini boleh makan dan rehat dengan selesa jauh dari bahaya dunia luar.

Imam Mustafa Efe menganggap kucing kucing ini sebagai tetamu masjid dan kucing kucing tersebut sudah pun menganggap masjid ini sebagai rumah mereka.

Kucing kucing ini duduk di atas karpet yang empuk bersama para jemaah solat dan ada seekor kucing ini sangat suka tinggal di masjid sehingga ia melahirkan anak anak di dalam kawasan masjid tersebut.

Cemaatimizin kedi sevgisi… Yaratılana şefkat ve merhametin güzel bir misali…

Posted by Hafız Mustafa Efe on Friday, 27 November 2015

Kucing ini membawa masuk anak anak nya seekor demi seekor masuk ke dalam masjid dan beri kejutan kepada Imam semasa azan sedang berkumandang.

Imam Mustafa berkata dalam facebooknya,

“kucing ini telah menemui hati yang penuh belas kasihan dan kasih sayang.”

Serdar ÇELEBİ kardeşimizin Objektifinden…

Posted by Hafız Mustafa Efe on Sunday, 10 January 2016

Para jemaah di dalam masjid pun tidak ketinggalan untuk menangkap gambar kucing yang ada di dalam masjid. Kehadiran kucing kucing di situ langsung tidak menjadi gangguan buat jemaah masjid.

Posted by Mohammed Matter on Friday, 15 January 2016

Ada juga yang datang ke masjid semata mata ingin bermain dan melihat gelagat kucing.
Sejak tahun 2015 lagi Imam Mustafa Efe mula membiarkan kucing kucing jalanan masuk ke dalam masjid untuk berlindung dari musim sejuk. Kebaikan yang ditunjukkan Imam Mustafa ini cepat tersebar ke seluruh pelusuk dunia.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment