Ikan Paus Beluga Kembalikan Telefon Bimbit Wanita Ini Yang Terjatuh Ke Dalam Air

Beberapa minggu yang lalu pelawat misteri muncul di perairan sekitsr Hammerfest, Norway. Pelawat misteri itu adalah ikan paus beluga yang memakai kolar!
Tidak banyak yang diketahui mengenai asal usul ikan paus itu namun ia disyaki dilatih oleh tentera laut Rusia, kerana melihat dari keadaan ikan paus tersebut. Sejak terlepas dari tali ikatan pada kolar tersebut, ia mula berenang-renang berdekatan.


Baru-baru ini personaliti ikan paus ini sudah dikenalpasti. Ia ikan paus yang agak bertimbang rasa!
Pada suatu hari, semasa berada di Hammerfest, Ina Mansika dan rakan-rakan memutuskan untuk melihat di dasar air jika mereka dapat menemui bekas perisik tersebut. Namun sesuatu yang menarik berlaku.

Bukan hanya ikan paus beluga tersebut muncul untuk menyapa mereka, ia juga menyelamatkan sesuatu apabila Mansika berlaku sedikit cemerkap.

“Kami semua menjenguk dari dok dan berharap dapat membelai ikan paus beluga tersebut,” kata Maniska.
 “Saya lupa untuk menutup poket jaket dan telefon saya jatuh ke dalam air. Kami semua anggap yang telefon saya tu jatuh ke dasar air, tiba-tiba ikan paus tersebut berenang ke dalam dan muncul semula dengan telefon saya di dalam mulutnya!

Ini merupakan video momen hebat tersebut:

Mansika terkesima.

 “Semua orang terkejut. Kami hampir tidak percaya dengan apa yang kami saksikan,” kata Manika. “Saya sangat gembira dan bersyukur apabila mendapat kembali telefon saya.”

Malangnya telefonnya tidak beroperasi kerana sudah dimasuki air, namun Maniska sangat bersyukur dan menghargai usaha ikan paus tersebut

“Saya sukakan haiwan! Ikan paus tersebut sangat baik!,” katanya.

Tidak pasti jika ikan paus beluga ini sangat biasa dengan manusia untuk berkembang sendiri di dunia liar, melihat pada latihan terkininya. Namun pihak berkuasa berkata mereka akan menjaganya sehabis baik. Menurut Washington Post, satu rancangan dirangka untuk memindahkan ikan paus beliga ini ke satu pusat perlindungan di Iceland.

Ingin kongsikan pengalaman anda menyelamatkan kucing jalanan atau terbiar atau cerita berkaitan kucing? Kongsikan cerita anda ke email kami di themamamiaow@gmail.com

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

 

Leave a comment