Ibu Kucing Bawa Anaknya Yang Sakit Ke Hospital

Baru-baru gambar diambil di ruang kecemasan di Hospital Istanbul menjadi tular di media sosial.

Gambar yang dikongsikan oleh Merve Özcan di Twitter menunjukkan ibu kucing membawa anaknya yang sakit ke hospital manusia. Dilihat paramedik mengelilingi ibu kucing tersebut dan membelainya.

Mujurlah orang-orang Turki memang dikenali dengan sifat kasih sayang mereka terhadap kucing jalanan dan mereka memberikan pertolongan kepada ibu kucing tersebut. Anak kucing tersebut kini baik-baik sahaja.

Sumber: Twitter

Menurut Merve Özcan,

“Hari ini kami di dalam ruang kecemasan hospital di mana seekor kucing bergesa-gesa masuk sambil mendukung anaknya di mulut.”

Media Turki melaporkan yang pihak medik segera masuk campur dan memeriksa anak kucing tersebut  untuk isu kesihatan yang ketara. Ibu kucing tersebut mengikuti anaknya dan langsung tidak biarkan anaknya hilang dari pandangan.

Media tempatan melaporkan sedang anak kucing tersebut diberikan rawatan, para medik memberi ibu kucing tersebut sedikit susu dan makanan untuk menenangkan dan memberikan keselesaan kepada ibu kucing yang sedang kegusaran itu.

Ibu kucing dan anaknya dirujuk kepada veterinar. Mujurlah seperti yang dilaporkan oleh media tempatan, kedua-dua kucing tersebut kelihatan baik-baik sahaja cuma masih perlu diperiksa oleh veterinar untuk memastikan ibu kucing dan anaknya berada dalam keadaan yang sihat.

Kisah yang benar-benar tular bukan sahaja di Turki malah di media sosial menunjukkan betapa bagusnya masyarakat Turki menyantuni kucing jalanan.

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment