Rasa bersalah tinggal kucing anda semasa bercuti? Pemilik kucing seringkali berasa tertekan semasa bercuti kerana memikirkan kucing mereka.

Walaupun sudah dihantar boarding, anda semestinya ingin kepastian yang kucing anda djaga dengan baik ketika ketiadaan anda.
Kini anda tidak perlu risau kerana ada hotel kucing yang menyediakan sistem kamera CCTV! Anda boleh berasa lega ketika bercuti kerana anda dapat melihat kucing anda dari jauh.
Berikut merupakan hotel kucing yang lengkap dengan CCTV dan anda boleh melihat kucing anda pada bila-bila masa!
1. Catzonia Malaysia, Selangor

Kucing kita pun perlukan percutian juga. Anda boleh rileks apabila mengetahui yang kucing anda selesa dan dijaga dengan teliti— Dikatakan sebagai hotel kucing 5 bintang pertama di dunia, Catzonia memberi jaminan yang kucing anda akan enjoy walaupun jauh dari rumah. Setiap ekor kucing akan menerima masa bermain secara individu dan interaktif sosial dengan staf mereka yang caring, berpengalaman dalm keperluan sosial dan kemahuan kucing. Servis lain yang disediakan adalah perapian dan pengawanan juga ada.
Catzonia mempunyai empat cawangan kesemuanya iaitu di Shah Alam, Damansara Perdana, Wangsa Maju dan Bangi.
Keterangan lanjut:
2. Cathoot Malaysia, Selangor

Persekitaran yang bebas sangkar, Cathoot Malaysia memberikan pengalaman yang selamat, seronok, selesa kepada kucing anda. Dari katil kucing sehinggalah servis perapian, serta teksi untuk kucing, mereka akan menyesuaikan penginapan kucing anda mengikut keperluan dan bajet anda. Pasukan mereka yang berdedikasi sentiasa akan memastikan kucing anda sentiasa selesa, disayangi dan dijaga dengan penuh kasih sayang.
Keterangan lanjut:
Sebenarnya ada lagi pet hotel yang ada CCTV cuma yang MM senaraikan ini pet hotel yang khaskan untuk kucing sahaja.