Hikmah Buat Siapa Yang Memelihara Kucing

Kucing merupakan haiwan yang comel dan termasuk dalam haiwan yang istimewa di dalam Islam sebab merupakan haiwan peliharaan Nabi Muhammad SAW yang sangat disayangi.

Ramai orang yang masih merasa takut untuk memelihara kucing kerana dikhuatiri membawa keburukan dalam kesihatan. Akan tetapi, semua makhluk yang diciptakan Allah di muka bumi ini tentunya mempunyai kegunaannya masing-masing sama seperti halnya dengan kucing.

Meskipun ada sisi negatif dari haiwan ini seperti mencuri ikan di atas meja atau membuang najis merata tempat, namun ternyata kucing juga memiliki keistimewaan dan bagi orang yang memelihara kucing juga akan memperoleh pahala.

Menjadi timbangan kebaikan semasa akhirat

Seseorang yang memelihara kucing ataupun haiwan yang lainnya dalam jalan Allah dengan penuh Iman pada Allah danmeyakini akan kebaikan yang diberikan Allah, maka kebaikan yang sudah diberikan pada haiwan tersebut, memberi makan haiwan tersebut dan bahkan membersihkan najisnya di tempat tidak sepatutnya, kelak akan ditimbang sebagai kebaikan di hari kiamat.

Melatih sifat empati

Dengan memelihara kucing, dapat memupuk sifat empati pada seseorang dan anak kecil yang semasa perkembangannya dikelilingi oleh kucing, maka ia juga akan menjadi anak yang sangat berempati dan penuh kasih sayang serta selalu memiliki pertimbangan atas apa yang dilakukan iaitup memberikan kesan baik atau kesan buruk. Lagipun banyak kebaikan kepada bayi jika memelihara kucing.

Mendapat rahmat di Akhirat

Seseorang yang menyayangi haiwan seperti kucing dan haiwan lainnya termasuk haiwan sembelihan sekalipun, maka akan mendapatkan rahmat dari Allah SWT di hari kiamat nanti.

“Barangsiapa menyayangi meskipun terhadap hewan sembelihan, nescaya Allah akan merahmatinya pada Hari Kiamat.” (HR. Bukhari)

Mendapat keampunan dan redha Allah

Dari Syeikh Dr.Muhammad Luqman dalam kitab Adabul Mufrod ada menyebut jika setiap muslim memang sudah dianjurkan untuk selalu berbuat baik pada semua haiwan seperti kucing supaya mendapat ampunan dan juga redha dari Allah SWT.

Mendapat pahala bersedekah

Umat muslim sangat dianjurkan untuk memelihara, memberi makan dan juga minum pada haiwan seperti kucing khususnya saat haiwan tersebut sedang lapar dan haus sebab akan jadi berd0sa jika membiarkan haiwan tersebut menderita. Dengan memelihara kucing tersebut, maka sudah dijadikan pahala bersedekah bagi orang tersebut.

“Pada setiap sedekah terhadap mahluk yang memiliki hati (jantung) yang basah (hidup) akan dapatkan pahala kebaikan. Seorang muslim yang menanam tanaman atau tumbuh-tumbuhan yang kemudian dimakan oleh burung-burung, manusia, atau binatang, maka baginya sebagai sedekah” (Bukhori, Muslim).

D0sa diampuni

Seorang muslim juga sangat disarankan untuk menolong haiwan khususnya pada haiwan yang menderita termasuk haiwan diharam pegang seperti anjing. Ini membuat umat muslim tidak mempunyai pengecualian dalam menolong binatang seperti kucing dan anjing kerana tujuannya sangat mulia iaitu tidak membiarkan haiwan tersebut terus menderita. Dengan memelihara kucing contohnya, maka perbuatan d0sa orang yang menolong haiwan tersebut akan diampuni.

“Seorang wanita pel4cur melihat seekor anjing di atas jalan dan hampir m4ti kerana haus. Lalu wanita itu menanggalkan kasutnya, lalu diikatnya dengan selendangnya dan mengambil air dari telaga (lalu diberi kepada anjing itu). Dengan perbuatannya itu d0sanya diampuni”. (HR. Bukhari).

Kucing merupakan haiwan yang pembersih

Seperti yang kita ketahui, kucing tidak menyukai air. Apabila dilihat dari fakta, air merupakan tempat subur untuk pembiakan kuman. Inilah yang menyebabkan seluruh permukaan tubuh kucing tidak memiliki jenis kuman kerana kucing merupakan haiwan yang takut air. Ini membuat kucing diperbolehkan dipelihara dalam Islam kerana tidak memiliki kuman di tubuhnya.

Kucing bukan najis

Allah sendiri sudah mengatakan bahawa kucing bukan najis. Oleh kerana itu meskipun kucing sudah memakan sesuatu yang najis seperti b4ngkai dalam jumlah sedikit ataupun banyak, maka menurut Nabi Muhammad SAW kucing tetap bukan haiwan yang najis. Bahkan jika kucing meminum air di dalam bekas, air tersebut boleh digunakan untuk berwudhuk.

Disayangi penghuni langit

Di dalam sebuah hadis yang sudah diriwayatkan Musli, Rasulullah SAW bersabda,

“Orang yang penyayang maka juga akan disayangi oleh Allah. Sayangilah makhluk Allah yang ada di muka bumi, maka nescaya akan disayangi penghuni langit juga.”

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment

MamaMiaow

Author:

Hanya seorang miaowers yang suka kucing dan suka berkongsi informasi mengenai kucing