Hero Kucing Menyelamatkan Pemiliknya Dari Dibuli

Hero kucing boleh memenangi anugerah selepas menyelamatkan pemiliknya yang berusia 5 tahun dari pembuli yang menolaknya semasa dia bermain dengan adiknya.

Kucing yang dinamakan Smudge ini melompat ke dada salah seorang pembuli tersebut selepas melihat betapa ketakutannya Ethan Fenton selepas ditolak ke tanah di luar rumahnya di Doncaster.

Budak lelaki pembuli tersebut dan rakan-rakannya terkejut dengan tindakan kucing tersebut dan lari sambil menangis dan meninggalkan Ethan dan adiknya Ashton berusia dua tahun itu.

Ibu Sharon Fenton, 26, yang menyaksikan serangan tersebut berkata:

“Saya sedang memerhatikan kedua-dua anak saya yang sedang bermain bola di luar rumah. Saya melihat tiga orang budak lelaki yang lebih tua dan tinggi dari Ethan berjalan melalui pagar hadapan rumah kami.

Saya mendengar dia menjerit nama Ethan sebanyak dua kali namun Ethan mengendahkan dan hanya menunduk sambil bermain dengan Ashton.

Namun mereka masih menjerit-jerit ke arah Ethan dan salah satu dari budak lelaki tersebut datang ke arah Ethan dan berkata ‘Oi! Kenapa awak endahkan saya?’ kemudian menolak Ethan.

“Selepas itulah saya segera ke luar dan melihat Smudge tiba-tiba keluar dari bawah kereta kami dan melompat ke dada budak lelaki tersebut.
Saya terkejut dan budak lelaki tersebut jatuh ke belakang, menangis dan terus lari.”

Miss Fenton yang bekerja sebagai pendandan rambut sambilan, membeli Smudge selepas patah hati kucing yang mereka bela selama 18 bulan mati.
Kucing yang pada mulanya dipilih sudah pun terjual sebelum mereka sempat mengambilnya dan menemui Smudge ketika ia berusia 10 minggu.

“Apabila mereka menunjukkan Smudge kepada saya, ia seperti jatuh cinta pandang pertama. Smudge sangat kecil dan saya tahu yang kami perlu membelanya.” kata Miss Fenton.

Keluarga yang berasal dari Doncaster ini sudah memiliki Smudge selama tiga tahun namun sebelum ini tidak pernah ia menunjukkan aksi hero seperti ini.

Sejak kejadian itu Smudge sering kali tidur di luar bilik Ethan.

“Saya rasa lebih selamat mengetahui yang Smudge sentiasa ada untuk menjaga Ethan selepas melihat ia mempertahankan Ethan seperti itu. Smudge adalah sebahagian keluarga kami dan ia lebih dari abang kepada anak-anak saya berbanding kucing.” tambahnya lagi.

Smudge kini dinobatkan untuk anugerah National Cat of the Year yang dijalankan oleh badan kebajikan Cats Protection.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment