Sebagai pemilik kucing kita semestinya inginkan yang terbaik untuk kucing kita. Bukan sebab apa pun. Demi kesihatan kucing yang optimum juga bermula dari apa yang kucing makan.
Kucing merupakan haiwan karnivor yang memerlukan ia memakan daging. Namun adakah kucing boleh memakan organ dalaman contoh seperti hati ayam?
Adakah hati ayam tidak bagus untuk kucing?
TIDAK, namun ia perlu diambil dalam jumlah yang sedikit dalam diet kucing anda. Sebanyak 5% atau sekali ke dua kali seminggu sahaja. Hati ayam mempunyai banyak nutrien yang baik untuk kesihatan kucing. Walaubagaimanapun hati ayam mempunyai vitamin A yang akan terkumpul dan tersimpan di dalam badan kucing. Atas sebab inilah pemberian hati ayam perlu diberikan dalam kauntiti yang sedikit. Terlebih vitamin A akan menyebabkan kucing anda mengalami ketoksikan vitamin A.
Faktor risiko yang lain adalah hati ayam merupakan makanan yang sedap untuk kucing dan kucing akan jadi ketagih dan mula menolak makanan lain. Walaupun hati ayam mempunyai banyak nutrien, ia tidak seimbang untuk kucing.
Kebaikan hati ayam untuk kucing
Hati ayam mempunyai banyak nutrien yang bagus untuk kucing termasuklah:
- Zat Besi
- Asid Folik
- Vitamin A, B, C dan D
- Protein
- Copper
Hati ayam mentah atau dimasak untuk kucing?
Kucing boleh makan hati ayam samada mentah mahupun dimasak. Diberikan begitu sahaja atau campurkan dengan sumber protein yang lain seperti isi ayam.
Cara masak hati ayam:
- Bersihkan hati ayam dan buang lemak yang ada
- Dalam pan letakkan air dan biarkan mendidih kemudian letak hati ayam
- Renehkan hati ayam selama 5-10 minit sehingga betul betul masak.
- Hancurkan dengan kasar hati ayam bersama sedikit air didihan tadi.
- Setelah suam boleh berikan kepada kucing anda.
Bolehkah beri kucing anda hati haiwan lain?
Boleh seperti contoh hati lembu atau kambing dengan syarat, tidak lebih 5% dari diet harian mereka dan hanya diberikan sekali ke dua kali dalam seminggu. Sama juga seperti pemberian hati ayam