HAIWAN: Gajah Liar Ini Bawa Anak Kecilnya Bertemu Dengan Penyelamatnya

Walaupun sudah lapan tahun berlalu, gajah liar ini masih ingat bagaimana ia diselamatkan dahulu….

Seperti mana mana ibu baru yang sangat penyayang, Yatta si gajah tidak sabar untuk menunjukkan bayinya kepada manusia yang ia paling sayang iaitu bekas penjaganya di David Sheldrick Wildlife Trust (DSWT) di Kenya.

Yatta seekor gajah yang berusia 18 tahun ini dilepaskan semula ke dunia liar 8 tahun yang lalu tiba-tiba muncul semula di santuari bersama anaknya pada bulan lalu (14/12/2017) untuk memperkenalkan anaknya kepada manusia yang menjaganya semasa ia hidup yatim piatu pada tahun 1999 yang lalu.

Dari usianya sebulan Yatta dijaga sepenuhnya oleh manusia dan hidup di samping gajah gajah yatim piatu yang lain di santuari ini sebelum dilepaskan ke kawanan gajah-gajah dewasa untuk hidup di dunia liar.

Meet Yoyo

Meet miracle mum's newest babyYatta is an orphaned elephant who grew up in the care of the DSWT and reintegrated back into the wild more than eight years ago. She's now a proud momma to two wild born calves and, in a show of absolute trust and affection for her former carers, brought her newest baby Yoyo back to meet the people that saved her! Yatta is one of more than 100 orphaned elephants we've helped return to the wild, all watched over by our field teams who patrol to keep these miracle mums safe. Meet the other orphans, and their calves, who beat the odds to return to their birth right: www.thedswt.org/wild-born-babies

Posted by Sheldrick Wildlife Trust on Wednesday, 6 December 2017

Di dalam video yang penuh momen istimewa ini, anak gajah kecil yang diberi nama Yoyo ini tidak merayau jauh dari ibunya namun ia menggerakkan telinga dan menggoyangkan belalainya dengan penuh keterujaan. Yatta juga membawa anak pertamanya, Yetu untuk ziarah ini di mana Yetu berdiri menjaga adiknya itu.

“Ia menjadi ibu yang sungguh bangga,” kata penjaga gajah di santuari itu. “Dan ini menunjukkan kepercayaan yang penuh dan kasih sayang, kerana ia membawa anaknya yang paling kecil sekali untuk bertemu dengan manusia yang menyelamatkannya dahulu.”

“Walaupun untuk melihat bekas-bekas gajah jagaan itu pulang dengan anak-anak mereka adalah perkara yang biasa namun setiap kali melihat gajah-gajah ini kembali membawa anak mereka adalah perkara yang sangat menakjubkan,” kata Rob Brandford dari DWST.

Para penyelamat memanggil Yatta sebagai ‘ibu ajaib’ kerana kini ia sudah melahirkan dua ekor anak gajah yang sihat hasil dari pengaw4nan gajah jantan yang sepenuhnya liar.

Para penjaga ini juga perasan yang dua adik beradik angkat Yatta yang tinggal berhampiran juga melahirkan anak pada bulan yang sama dengan ini jumlah anak gajah yang dilahirkan liar sebanyak 28 ekor.
Anak gajah liar yang baru ini sangat-sangat diterima oleh DSWT untuk dilindungi dan diselamatkan kerana terlalu banyak anak gajah yatim piatu dan cedera setiap tahun di mana mereka semua adalah mangsa pemburu haram.

Ini adalah kisah hidup Yatta di mana ibu Yatta dib*nuh kerana gadingnya semasa ia hanya berusia sebulan. Manusia yang bekerja berhampiran mendengar tangisan Yatta dan mereka membantu membawanya ke penjagaan DSWT.

Yatta kini adalah satu dari lebih 100 gajah yatim piatu yang dilepaskan ke dunia liar oleh DSWT di mana mereka juga mempunyai pasukan yang mengawal dan membuat rondaan di habitat liar untuk melindungi haiwan-haiwan ini dari pemburu haram.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment