HAIWAN: 5 Perkara Yang Anda Mungkin Tidak Tahu Mengenai Harimau Bintang Salji

Salah satu spesis kucing liar yang yang cantik semestinya harimau bintang salji (pantera uncia). Walaupun sedikit kecil dari kumpulan kucing besar, harimau bintang salji ini dianggap sebagai baka kucing besar yang berasal dari Pusat dan Selatan Asia. Merupakan keluarga kepada harimau kumbang, menurut kajian genetik yang dilakukan pada baka ini ada dua spesis kucing yang dikaitkan dengan harimau bintang salji.

Tidak terkenal seperti harimau bintang, harimau bintang salji mempunyai persamaan dengan harimau bintang namun ada sedikit perbezaan yang anda tidak tahu.

 

1. Salah satu senarai spesis yang terdedah

Harimau bintang salji merupakan salah satu spesis yang semakin berkurangan populasi dan ini adalah kerana berkurangannya haiwan mangsa. Harimau bintang salji juga haiwan yang sering diburu dan menyebabkan populasi mereka hanya tinggal 4,500 dan 8,745 sahaja.

2. Mempunyai sepasang warna mata yang unik

Harimau bintang salji mempunyai warna mata yang unik iaitu warna hijau pucat dan kelabu.

3. Tahan suhu yang sejuk

Oleh sebab namanya harimau bintang salji, spesis ini berbeza dari harimau bintang biasa kerana mereka tahan cuaca yang sejuk. Harimau bintang salji mempunyai bulu yang panjang dan tebal.

4. Tidak boleh mengaum

Kebanyakan kucing liar akan mengaum kerana itu merupakan cara mereka berkomunikasi dengan jenis mereka dan haiwan lain. Harimau bintang salji tidak boleh mengaum kerana perubahan morphologikal yang berlaku pada spesis ini. Harimau bintang salji tidak mempunyai larynx yang diperlukan untuk mengaum. Namun begitu harimau bintang salji masih boleh berbunyi mew, menderam, hiss dan sebagainya.

5. Tidak agresif terhadap manusia

Tiada lagi laporan mengenai serangan terhadap manusia oleh harimau bintang salji ini. Oleh sebab inilah harimau bintang salji merupakan baka kucing yang mudah dihalau oleh petani dan penternak. Harimau bintang salji akan meninggalkan buruannya sekiranya mereka terasa terancam.

Ingin kongsikan pengalaman anda menyelamatkan kucing jalanan atau terbiar atau cerita berkaitan kucing? Kongsikan cerita anda ke email kami di themamamiaow@gmail.com

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment