Grace Cat – Freeze Dried Pet Food. Apa Kata Mamamiaow?

Selaku pemilik dan pencinta kucing sememangnya kita mahukan yang terbaik untuk kucing kita bukan?

Yelah pemakanan yang bagus membawa kucing kesayangan kita ke tahap kesihatan yang baik. Jadi kalini MM nak share satu produk makanan kucing ni. Jujurnya MM pun tak pernah tahu kewujudan produk ni.

Grace Cat-Freeze Dried Pet Food

Sebagai pendahuluan, Grace Cat adalah jenama makanan haiwan peliharaan kering beku premium di Malaysia yang berdedikasi untuk menyediakan makanan asli kepada haiwan peliharaan kita. Produk Grace Cat semuanya semulajadi, tinggi dengan protein haiwan dan bebas dari bijirin.

Wow! Secara ringkasnya, produk Gracecat ni memang 100% dari daging semulajadi yang melalui proses pengeringan beku. Dia macam ikan kering lahhh nak bagi senang faham. Hehe.

Apa itu teknolongi kering beku?

Keringbeku melibatkan proses pembekuan daging mentah pilihan Grace Cat sehingga tahap -40°C tepat pada kesegaran daging tersebut. Kemudian kelembapan pada daging tersebut dikeluarkan di bawah tekanan tinggi dengan itu dapat mengelakkan pertumbuhan bakteria. Dengan menggunakan teknologi ini, nutrien semulajadi, enzim-enzim dan rasa dari bahan mentah ini masih terpelihara.

Kalau dah macam tu memang 100% makanan semulajadi lah untuk kucing kita! Fuh memang best ni. Mamamiaow berbesar hati untuk berkongsi pendapat tentang produk GraceCat ni. Terima kasih GraceCat!

Apa ada dalam pakej ni? Jom kita tengok satu-satu..

Grace Cat Chicken

Beli sini

Grace Cat GraceFull RAW- Chicken 100g. Dihasilkan dari 500gm daging ayam bahagian dada. Tiada kulit, tiada tulang. 100% daging ayam sahaja.

Pergh bagus betul ni memang 100% karnivor. Yelah kucing kan karnivor. Diet yang memerlukan 100% daging. Bagi MM kucing siapa yang suka ayam, Grace Cat chicken ni sesuai sangat. Cuma perlu tambah air suam sikit untuk jadikan wetfood. Nak jamu terus macam tu pun boleh sahaja cuma macam dry food lah kering sikit.

Kucing-kucing MM memang bukan penggemar ayam. Jadi bila MM bagi yang ni masing-masing buat dek aje. Kemain berlagak yea korang…

Ok next!

Grace Cat Cod fish

Beli sini

Grace Cat GraceFull RAW- Cod fish 100g.

Dihasilkan dari 500gm isi segar ikan cod. MM letak terus dalam mangkuk jamah dua ekor tu dengan penuh selera. Kucing MM yang cerewet makan pun berselera sungguh dia.

MM recommended this one kalau kucing korang suka ikan. Ikan cod tu!

Ok next!

Grace Cat Salmon

Beli Sini
Grace Cat GraceFull RAW- Salmon 100g.

Diperbuat dari 500gm salmon!

Pergh! Ikan salmon jangan cerita lah mahal. Owner kucing pun makan sebulan sekali. Haha. Yang ni bau memang mengengat selera kucing-kucing MM. Buka saja packaging ni pergh datang tak perlu panggil. Laju aje mangkuk licin.

Last but not least MM dapat sample Capelin. Yang ni sebijik rupa macam ikan kering. Kucing MM sekor dia bantai sampai dua ekor ikan capelin ni. Tak sempat snap gambar licin dah. Kucing MM lagi sekor tak makan. Yang ni cerewet sikit.

Actually, Grace Cat ni didatangi dengan 11 jenis makanan yang berbeza. Korang boleh cuba yang MM rekemen dulu tengok penerimaan kucing korang macam mana.

Kalau nak cuba sample pack, boleh aje! Beli SINI

Kesimpulan

Ok secara kesimpulannya, bagi MM produk ni must try and must buy bagi pemilik kucing yang pentingkan pemakanan kucing-kucing mereka. 100% daging sahaja kot. Tiada garam, tiada pengawet, tiada tambahan perasa dan tiada bijirin. Memang supposely true diet untuk kucing. Yelah kucing kan haiwan karnivor.

Packaging pun menarik, ada siap seal xperlu simpan dekat bekas lain. Guna saja packaging ni simpan elok-elok. Tak perlu simpan dalam peti ais cuma elakkan dari cahaya matahari.

Kepelbagaian cara hidangan pun menarik perhatian MM jugak. Korang boleh jamu terus kucing korang. Tak pun campurkan sedikit air untuk jadikan wetfood dan boleh juga campurkan dengan kibbles sedia ada. Kira macam all in one lah! Snek, wetfood, kibbles in one.

Dari segi harga 100gm RM26-RM36 (harga berbeza ikut jenis makanan) MM rasa oklah tak mahal sangat bagi kualiti dan rasanya sama saja range harga makanan premium yang lain. Kalau untuk yang bela kucing banyak tu mungkin agak mahal juga lah. Sekali sekala boleh lah kot lanje kucing-kucing ni.

Ada yang pernah cuba produk Grace Cat? Kongsi-kongsi lah review kat ruangan komen tu.

Yang teringin nak cuba ada something special buat korang pembaca setia Mamamiaow! Enjoy discount 10% bila anda membeli produk Grace Cat di laman web rasminya SINI.

MASUKKAN KOD DISKAUN THEMAMAMIAOW10

Tiada minimum pembelian lagi! So apa lagi go shopping guys!

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment