Grab Food Rider Bawa Sekali Kucingnya Ketika Menghantar Makanan

Seorang rider Grab Food tular baru-baru ini kerana membawa sekali dua ekor kucingnya ketika menghantar makanan.

Seorang pengguna Twitter, @nadiaafauzii, memuatnaik gambar rider Grab Food yang sedikit luar biasa ini.

Tidak seperti rider yang lain, terlihat ada sangkar kecil diletakkan di hadapan bag hijau Grab Food yang dikenali ramai itu.

Ditanyakan kenapa bawa kucing sekali, dengan ringkas sahaja rider ini menjawab,

“Saja bawa jalan-jalan..”

Seseorang yang mengenali rider ini berkongsikan yang dia tidak senang meninggalkan kucing-kucingnya di rumah.

Untung awak dik owner bawa jalan-jalan… Jarang-jarang nak jumpa lelaki sweet dengan kucing. Hehe

Suka kucing? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment