Gelagat Dua Ekor Kucing Bergaduh Di Atas Kereta, Masih Sambung Bergaduh Walaupun Kereta Itu Bergerak

Dalam video yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Shahrul Azhar pada 17 Ogos yang lalu menunjukkan dua ekor kucing sedang bergaduh di atas keretanya.

Dua ekor kucing tersebut berbunyi antara satu sama lain. Pemandu kereta tersebut mula mengetuk cermin hadapan keretanya untuk membuatkan kucing-kucing tersebut turun namun tidak berjaya.

Pemandu kereta tersebut putus asa dan mula memandu kereta dengan perlahan dengan harapan kucing-kucing tersebut akan turun dari keretanya.

Namun kucing-kucing tersebut langsung tidak bergerak!

Akhirnya pemandu tersebut berhentikan kereta dan terpaksa menggunakan wiper cermin kereta untuk menghalau kucing tersebut.

Video yang sudah dikongsi lebih 2,200 kali di Facebook ini mendapat kecaman ramai netizen kerana mereka bimbangkan keselamatan kucing-kucing tersebut.

Walaubagaimanapun menurut Malay Mail, Shahrul kemudiannya memuatnaik gambar kucing tersebut sedang rileks di kawasan flat tersebut yang menunjukkan kucing tersebut OK jer…

Tengok video di bawah

KUCING KUARTERS AKU NI DAH X DE TEMPAT NAK BERGADUH KE.???

Posted by Shahrul Azhar on Friday, 16 August 2019

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment