Gaya Kucing Tidur Boleh Menjelaskan Banyak Perkara Kepada Anda

Jika anda pernah melihat kucing anda tidur dan fikir kenapa kucing anda tidur pelbagai gaya.

MM ada jawapan kepada makna beberapa gaya tidur kucing.

Membengkok seperti bulan

Jika kucing anda tidur dengan gaya seperti ini selalunya menunjukkan kucing anda sedikit kesejukan.

Tidur dalam sesuatu

Kucing sangat sukakan keselamatan apabila mereka bersembunyi dalam sesuatu. Kucing suka tidur di dalam selimut, bantal-bantal atau di mana sahaja yang ia rasa selamat dan hangat.

Mata separuh pejam dan telinga tegak

Jika kucing anda baru tiba di rumah, kucing anda mungkin tidur seperti ini kerana ia dalam keadaan berjaga-jaga walaupun sedang tidur.

Perut ke atas

Apabila kucing menunjukkan perutnya, ia adalah kucing yang gembira dan penuh kepercayaan. Kucing anda sangat selesa, gembira dan selamat di rumah anda.

Duduk macam biasa

Kucing yang tidur dengan gaya duduk seperti biasa keempat-empat kaki di atas lantai ini menunjukkan dua perkara. Pertamanya, kucing anda berasa tidak selesa tentang sesuatu dan kucing anda hanya tidur-tidur ayam. Keduanya, jika kucing anda selalu tidur seperti ini kemungkinan kucing anda mempunyai masalah kesihatan. Kucing yang mempunyai pneumonia atau asma selalunya akan lebih selesa jika tidur gaya seperti ini. Jika anda perasan kucing anda seringkali tidur seperti ini, anda boleh bawa kucing anda untuk diperiksa oleh veterinar.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page kami The Mamamiaow

Leave a comment