Galakkan Kucing Anda Minum Air Dengan 5 Tips Ini

Selalunya kita dengar kucing akan ada masalah batu karang atau masalah dengan buah pinggang akibat daripada pemakanan yang mengandungi garam yang tinggi atau makanan mengandungi pewarna. Kebiasaannya kandungan garam yang tinggi dan pewarna ini terdapat pada makanan komersial dan kita semua tahu ianya memang tidak bagus untuk kucing.

Tetapi ada juga kucing mengalami batu karang sedangkan makanan yang diberi tiap hari bukan dari makanan komersial. Lebih lebih lagi kucing yang sudah pun berumur dan kurang aktif.

Haahhh?? betul ke ni..???

Kebanyakan kucing yang kurang aktif dan agak berumur (3 tahun ke atas) yang diberi makan kibbles tinggi protein berisiko untuk mengalami masalah batu karang dan keg4galan buah pinggang. Jadi, kalau kucing kita nampak dah berumur tapi agak malas dan kita pula beri dia makan makanan tinggi protein, adalah lebih baik kita pastikan beliau mengambil air dalam kuantiti yang banyak. Tapi takkan nak paksa dia minum kan..?

okay, mungkin kita boleh cuba beberapa tips ni!

1. Perbanyakkan Bekas Minuman

Untuk menarik minat si kucing bagi meningkatkan kuantiti pengambilan air setiap hari, letakkan lebih banyak bekas minuman di kebanyakan tempat di dalam rumah. Biasanya si comel suka sesuatu yang baru, lebih lebih lagi di tempat yang bukan kebiasaan bagi mereka. Pernah tak kita lihat si comel kita tu minum air pada sink atau pada air yang minitis di dalam toilet?

2. Pelbagaikan Bekas Minuman

Pelbagaikan bentuk, jenis dan warna bekas minuman mereka. Letakkan satu sudut bekas yang besar dan satu sudut yang lain dengan bekas yang tinggi atau rendah atau boleh juga letak jenis yang berbeza seperti stainless steel, ceramic dan plastik.


Kepelbagaian bekas membantu menarik sicomel untuk minum lebih banyak air.

3. Drinking Fountain

Salah satu usaha untuk menarik sicomel minum lebih banyak air adalah dengan menggunakan drinking fountain.
Kebanyakan kucing kurang berminat pada air yang bertakung di dalam bekas sebaliknya mereka memilih untuk minum air yang mengalir. Jadi penggunaan drinking fountain amat membantu.

4. Perisa Tambahan

Anda juga boleh menambahkan perisa pada air minuman mereka. Perisa yang dimaksudkan adalah seperti air dari makanan basah mereka. Ambil sedikit air yang terdapat pada wetfood dan campurkan kedalam air minuman mereka. Extra flavor ini mampu menarik minat kucing untuk minum lebih air.


Ada juga sesetengah kucing yang tidak suka pada air paip biasa atau air klorin, anda mungin boleh cuba untuk beri sicomel minum air takungan hujan (yang bersih) atau lebih mudah, berikan sicomel air yang bertapis.

5. Tambahkan Air Pada Makanan

Seperti yang kita semua tahu, wetfood adalah langkah mudah untuk beri kucing lebih air tetapi kita juga boleh menambahkan air pada dry food mereka. Tetapi apa yang penting, kucing kita sukakannya. Ada sesetengah kucing tidak menggemarinya, jadi sekiranya mereka tidak sukakan dryfood yang kembang, kita harus cuba cara yang berbeza. Kalau boleh kita tak nak sicomel berhenti makan.


Pengambilan air yang cukup oleh si comel banyak membantu meningkatkan kadar kesihatan mereka lebih lebih lagi mereka yang tergolong dalam golongan kucing berumur dan kurang aktif. Kita sebagai pemilik perlu bantu mereka untuk mendapat kesihatan yang lebih baik.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment