Gadis Kecil Yang Autisme Ini Berubah Setelah Hadirnya Kucing Dalam Hidupnya

Ketika Iris Grace Halmshaw berusia 2 tahun, dia didiagnos dengan autisme.

Gambar: The Independent

Iris berasa sukar untuk ‘eye contact’ dengan ibu bapanya dan selalu menghabiskan masa dengan membaca buku. Iris tidak bercakap, tidak suka mandi dan selalu sukar untuk tidur di malam hari. Iris takut untuk menaiki kereta dan basikal. Dia juga mempunyai masalah untuk berhubung dengan manusia dan doktor juga memberitahu ibunya bahawa dia tidak akan bercakap sampai bila bila.

Mula memperkenalkan terapi haiwan

Namun, ibu bapa Iris nekad untuk melakukan apa sahaja untuk membantu Iris. Mereka beranggapan bahawa terapi haiwan mungkin berjaya membantu Iris jadi mereka memperkenalkan Iris kepada kuda. Namun kuda tidak menarik perhatian Iris.

Gambar ABC News

Kemudian, ibu bapa Iris cuba memperkenalkan anjing pula kepada Iris. Sekali lagi Iris tidak berminat dengan anjing. Iris juga kelihatan tidak berminat dengan kucing kucing yang telah ibu bapanya kenalkan.

Ibu bapa Iris pun putus ada dalam pencarian haiwan yang sesuai untuk Iris. Ibunya beranggapan bahawa ada benda lain yang boleh menggembirakan Iris dan ibu bapanya mengetahui bahawa Iris suka melukis. Melukis membantu Iris berasa tenang dan fokus.

Mula berkenalan dengan Thula

Gambar: Bored Panda

Beberapa tahun kemudian, keluarga Iris mula membantu menjaga kucing milik pakcik Iris dan mereka berdua terus berasa tertarik antara satu sama lain. Ketika itulah ibu bapa Iris merasakan yang mereka belum lagi menemui kucing yang sesuai untuk Iris. Lalu mereka pun mulakan pencarian untuk kucing yang ideal untuk Iris. Akhirnya mereka menemui Thula.

Gambar: Ad Age

Pertama kali Thula memasuki rumah mereka, Thula terus datang ke arah Iris dan duduk di riba Iris. Mereka berdua terus berhubungan dan Thula bersama Iris sehingga sekarang. Anda akan berasa terharu apabila melihat perubahan pada diri Iris sejak Thula muncul dalam hidupnya dan menjadi kawan karib Iris.

Gakbar: The Irish Time

Sweet kan?

Chuols boleh tengok hasil lukisan Iris di laman web ini

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment