Gading Burung Enggang Antara Yang Dirampas Dalam Serbuan Besar-Besaran Penyeludupan Bahagian Haiwan Di Borneo

Hampir 800 bahagian haiwan termasuklah sejumlah besar gading burung enggang, sisik pangolin dan tanduk rusa dirampas dalam serbuan di kepulauan Borneo.

Hutan hujan Borneo yang luas merupakan habitat banyak haiwan-haiwan liar dan rare namun selalu diancam pemburu haram yang menjual bahagian badan haiwan kepada pengumpul dan untuk dihunakan sebagai ubat-ubatan tradisional, khususnya di China.

Pulau ini dikongsi antara Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Pihak berkuasa menjalankan serbuan pada hari Sabtu yang lepas di rumah di Kapit, Sarawak. Lelaki berusia 56 tahun ditahan menurut pegawai perhutanan kanan, Zolkipli Mohamad.

Ini termasuklah 148 blok seperti topi keratin kemerahan yang sering kali ditemui pada burung enggang.

Blok ini digelar gading burung enggang dan mendapat banyak permintaan di China di mana gading ini akan diukir menjadi hiasan mewah, patung dan barang kemas.

Barang yang dirampas termasuklah bulu pelepah burung enggang, sisik pangolin (tenggiling), duri landak dan tanduk rusa.

Tambah Zulkifli lagi, ini merupakan serbuan yang paling terbesar di Sarawak selama 16 tahun.

Katanya lagi suspek mungkin merupakan pembekal bahagian haiwan untuk sindiket mengeksport ke pasaran luar seperti China, Hong Kong dan Bietnam dan kini dihadapkan hukuman penjara kerana melanggar undang-undang perlindungan hidupan liar.

Suka kucing dan haiwan lain? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment