Fungsi Garam Dalam Makanan Kucing

Memberi makan kucing anda dengan makanan kucing komersial yang seimbang dan lengkap bermaksud kucing anda menerima kandungan garam hariannya mungkin melebihi dari apa yang kucing anda perlukan.

Garam diperlukan untuk kucing berfungsi dengan sempurna namun garam yang berlebihan boleh membahayakan kucing malah membawa m4ut.

Sebanyak mana garam yang mencukupi?

Garam atau sodium klorida merupakan salah satu mineral yang diperlukan untuk kucing berfungsi dengan betul, jadi dalam diet kucing harus mempunyai garam sedikit. Garam membantu sel kucing untuk membawa nutrien dan bahan buangan ke tempat sepatutnya dan garam membantu usus kucing menghasilkan kuantiti asid yang betul untuk menghadam makanan dengan sempurna. Menurut Journal of Nutrition, kucing bersaiz biasa memerlukan 21mg garam sehari. Terdapat makanan kucing di pasaran mempunyai kadar garam melebihi dari itu. The National Research Council mengcadangkan kuantiti pengambilan garam oleh kucing tidak melebihi 42mg sehari.

Garam dalam makanan kucing

Garam dalam makanan kucing patut dijelaskan dalam label walaupun kebanyakan label tidak menunjukkan peratus yang sebenar. Cari garam yang tersembunyi iaitu bahan yang mempunyai perkataan sodium ia merupakan jenis-jenis garam. Bertanya pada veterinar untuk cadangan makanan yang kurang kandungan garam. Anda mungkin memberikan kucing anda garam berlebihan daripada snek treats yang dijual di pasaran. Jika anda suka memberikan kucing anda lebihan makanan anda, kucing anda pun mungkin menerima garam yang berlebihan dari apa yang diperlukan sehari.

Makanan basah VS Makanan kering

Garam semamangnya membangkitkan perasa sesuatu makanan namun garam juga bertindak sebagai pengawet. Makanan kering atau kibbles semestinya mempunyai tahap konsentrasi garam yang tinggi berbanding makanan basah kerana garam membantu makanan untuk kekal segar setelah dibuka. Inilah sebabnya apabila makanan basah dibuka, ia seharusnya dihabiskan segera. Kucing mendapat bekalan air yang diperlukan dari makanan juga dan inilah sebabnya makanan basah merupakan makanan yang terbaik dan penting untuk kucing anda.

Bahaya garam yang berlebihan

Garam yang berlebihan sememangnya akan menganggu tubuh badan kucing anda. Garam berlebihan akan menyebabkan elektrolit kucing menjadi kacau bilau dan sel sel dalam badan tidak akan berfungsi dengan betul. Sila perhatikan jika ada tanda tanda toksik garam seperti:

  • jalan terhuyung hayang seperti orang m4buk
  • muntah muntah
  • cirit
  • dahaga atau kekerapan kencing
  • sawan

Kucing anda akan m4ti dalam masa 24jam jika tidak dirawat. Garam yang berlebihan juga menjadi punca kepada FLUTD iaitu batu karang pada kucing.

Suka dengan apa yang anda baca? Jom like page The Mamamiaow

Leave a comment